CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 0

[Johor] Pengsan lihat jasad suami ditemui lemas selepas hampir 48 jam

[Copy link]
Post time 5-6-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode

JUNAYATI KECHANT ( tengah ) pengsan ketika mayat suaminya, Samsudin Bachok di bawa naik ke darat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat ( SAR ) di tepi Sungai Benut, di Pontian, Johor, hari ini. MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Suasana pilu menyelubungi jeti nelayan di Sungai Benut di sini apabila mayat lelaki yang lemas terjatuh ke dalam sungai pada petang kelmarin ditemui pada pagi ini.

Mayat Samsudin Bachok, 52, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 400 meter dari mangsa terjatuh di lokasi kejadian pada pukul 10.30 pagi.

Isteri mangsa, Junayati Kechant, 48, pengsan ketika mayat suaminya di bawa ke darat bagi urusan pengecaman sebelum di bawa ke Hospital Pontian (HP) oleh pasukan SAR.

Anak kedua mangsa, Muhammad Nur Iskandar, 24, mewakili ibunya membuat pengecaman ke atas mayat bapanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lelaki berstatus orang kelainan uapaya (OKU) itu dikhuatiri lemas akibat terjatuh di Sungai Benut, dekat sini apabila dilaporkan tidak balik ke rumahnya sejak kelmarin. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... epas-hampir-48-jam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.096284 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list