View: 4830|Reply: 13
|
[Tempatan]
Pegawai Jabatan Agama Perlis ditahan terima rasuah RM1.2juta kes daftar nikah
[Copy link]
|
|
FMT Reporters
05 Jun 2024, 02:26 PM
Sumber SPRM berkata suspek utama dipercayai bekerjasama dengan imam dan anak imam terbabit yang memiliki sebuah syarikat perunding menguruskan pendaftaran pernikahan di Perlis.
Semua suspek direman hingga Ahad bagi membantu siasatan penerimaan suapan RM1.183 juta dalam pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April 2022 hingga Jun 2023.
PETALING JAYA: Pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam sebuah masjid di Kangar antara tiga direman bagi siasatan dakwaan menerima suapan RM1.183 juta bagi pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April 2022 hingga Jun tahun lalu.
Tiga suspek berusia 25 hingga 52 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis semalam dan dibenar reman sehingga Ahad ini oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Sumber SPRM berkata suspek utama yang juga penjawat awam 45 tahun ditahan di pejabatnya di JAIPs sekitar 4.10 petang, manakala dua lagi suspek ditahan di Pejabat SPRM Perlis di Kangar antara 6 hingga 6.15 petang selepas dipanggil memberi keterangan.
Menurutnya, suspek utama dipercayai bekerjasama dengan dua lagi suspek, iaitu imam dan anak imam terbabit yang memiliki sebuah syarikat perunding dalam menguruskan pendaftaran pernikahan di Perlis.
Ujarnya, siasatan awal mendapati pasangan bernikah di Thailand yang mahu mendaftarkan pernikahannya semula akan berhubung dengan pemilik syarikat terbabit.
“Syarikat beroperasi di Kangar ini kemudian meminta pasangan mahu mendaftarkan pernikahan itu semula bayaran sekitar RM5,000 sebagai wang pendaftaran,” katanya menurut Berita Harian.
Daripada jumlah itu, beliau berkata RM2,000 akan dibayar kepada suspek utama bertugas di JAIPs sebagai denda pasangan bernikah di Thailand manakala bakinya dibahagikan antara ketiga-tiganya.
Katanya urusan pendaftaran pernikahan itu dikesan tidak mengikut prosedur, termasuk ada pasangan tidak hadir dan tidak dicatatkan dalam buku daftar pernikahan serta tidak melalui Mahkamah Syariah.
Terdahulu, peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim dan Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili suspek membantah permohonan awal penyiasat SPRM untuk reman tujuh hari atas alasan tiada sebab anak guam mereka ditahan agak lama.
Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Ghani mengesahkan penahanan tiga suspek itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Katanya urusan pendaftaran pernikahan itu dikesan tidak mengikut prosedur, termasuk ada pasangan tidak hadir dan tidak dicatatkan dalam buku daftar pernikahan serta tidak melalui Mahkamah Syariah.
maksudnya, tiada rekod pernikahan di Malaysia? untunglah....mesti kantoi time anak nak daftar dengan JPN |
|
|
|
|
|
|
|
undi bulan dapat rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
Produk pelancongan Perlis dan tiru prpduk pelancongan Thailand ke? Supaya competitive Thailand? |
|
|
|
|
|
|
|
apa ni?
bukan ke yang nak berpoligami boleh je nikah dekat perlis dengan syarat duk mastautin di Perlis selama 7 hari?
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoii imam pun tak tahan digoda duit |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya urusan pendaftaran pernikahan itu dikesan tidak mengikut prosedur, termasuk ada pasangan tidak hadir dan tidak dicatatkan dalam buku daftar pernikahan serta tidak melalui Mahkamah Syariah.
relate x dgn kes ex-kpn tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kerana duit tak ingat akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
setahun lebih dpt duit rasuah 1 juta rm lebih..
msti kantul psl tayang hidup cm influencer bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg kes dgn pompuan nak cleopatra tu ka? yg laki x ngaku nikah, yg pompuan kata dah nikah
|
|
|
|
|
|
|
|
kn takrifan semula, itu mungkin wang Hadiah utk permudahkan cara bukannya rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
konserbatif pun kebulor duit haram kaaaa?? ingatkn liveral jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini yg kantoi, yg dulu2 x kantoi cane cite tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|