CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10493|Reply: 0

[Johor] 300 tan sampah dikutip setiap bulan dari Sungai Skudai dan Sungai Tebrau

[Copy link]
Post time 9-6-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, turut sama mengutip sampah di tepi sungai pada Program Johor Bersih di Sungai Skudai, Kampung Bakar Batu, Perling. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

ISKANDAR PUTERI: Kira-kira 300 tan sampah sarap dikutip di Sungai Skudai dan Sungai Tebrau, di sini, setiap bulan, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, berkata jumlah itu sangat besar kerana ia hanya membabitkan dua sungai di bandar raya ini dan Johor Bahru.

Sehubungan itu, Tian Soon berkata, Kerajaan Johor melancarkan program Johor Bersih@Sungai, yang akan diperkenalkan di 10 daerah negeri ini bagi menangani isu pencemaran sungai, mulai tahun ini.

Katanya, program Johor Bersih sudah dilaksanakan sejak 2022 dengan konsep Johor Bersih 100 Hari pada tahun pertama sebelum ia ditukar kepada Johor Bersih, tahun lalu.

"Mulai tahun ini, program ini akan dikenali sebagai Johor Bersih@sungai untuk kita fokus kepada pembersihan di sungai-sungai tercemar di negeri ini.

"Program ini amat penting dan akan digerakkan ke semua 10 daerah bukan hanya untuk pelaksanaan pembersihan di sungai malah kita akan turut membawa mesej cintai sungai kepada masyarakat terutama generasi muda sebagai kesedaran awam.

"Saya beri contoh di Sungai Skudai, bot pembersihan yang dibeli kerajaan negeri berjaya mengutip puratanya sebanyak 207 tan setiap bulan, tahun lalu manakala di Sungai Tebrau pula sebanyak 93 tan sampah dikutip setiap bulan, tahun lalu.

"Bayangkan dua sungai sahaja kita berjaya kutip 300 tan sampah sebulan dan ini mesti dihentikan dengan pelaksanaan inisiatif lebih serius terutama menerusi Johor Bersih@Sungai," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Johor Bersih@Sungai di Sungai Skudai, Kampung Bakar Batu, Perling, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Mengulas isu sembilan sungai di Johor yang disenaraikan sebagai sungai tercemar negara dan dikategorikan berada dalam pengkelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat, Tian Soon berkata, Johor berjaya mengurangkan sungai tercemar daripada 14 kepada hanya sembilan, tahun ini.

Katanya, sebanyak 14 sungai di Johor disenaraikan sebagai sungai paling tercemar Malaysia tahun lalu, menerusi laporan sama yang dikeluarkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

"Pengurangan jumlah sungai tercemar daripada 14 kepada sembilan itu menunjukkan inisiatif Johor Bersih yang diperkenalkan kerajaan negeri berada di landasan yang betul.

"Kualiti air di lima sungai yangdikeluarkan dari senarai sungai tercemar itu juga sudah berjaya ditingkatkan ke tahap kedua dan ke atas. Jadi kita akan mempertingkatkan inisiatif Johor Bersih@Sungai, bagi menangani isu pencemaran sungai di negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-skudai-dan-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.302998 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list