View: 6515|Reply: 1
|
[Wilayah Persekutuan]
Enggan berharap orang!
[Copy link]
|
|
Marziawati Mahfar, 46, yang dilahirkan normal berubah sepenuhnya selepas mengalami kecederaan saraf selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 1999 dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak namun tidak menghalangnya untuk berdikari.
Kuala Lumpur: Kegagalan rumah tangga dan status sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak menjadi alasan kepada wanita lumpuh kedua-dua kaki ini berdikari dan membesarkan dua anak dengan kudrat sendiri.
Kehidupan Marziawati Mahfar, 46, dilahirkan normal berubah sepenuhnya selepas mengalami kecederaan saraf selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 1999 dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Marziawati berkata, pada mulanya dia juga tidak boleh menerima hakikat hilang upaya dan mengakui berada dalam fasa gelap dan mengharap keluarga untuk menguruskan diri.
Menurutnya, semua berubah selepas bapa meninggal dunia kira-kira setahun selepas kemalangan itu membuat dia positif dan menguruskan diri tanpa terlalu bergantung dengan orang lain.
"Saya kemudian berkahwin dan dikurniakan dua anak berusia 15 dan 20 tahun namun rumah tangga tidak bertahan lama. Saya berpisah dengan bekas suami ketika hamil dua bulan anak bongsu.
"Demi kelangsungan saya berniaga minyak wangi dalam talian selain menjual acar buah.
"Sejak itu, saya semakin kuat untuk meneruskan kehidupan dengan belajar memandu kereta serta menguruskan anak termasuk menghantar dan mengambil mereka ke sekolah," katanya yang di menetap projek perumahan rakyat (PPR) di sini.
Katanya, walaupun pergerakan terbatas namun tiada masalah memandu jauh dan dia juga biasa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke kampung halaman di Melaka selain negeri lain seperti Perak dan Pahang.
"Saya boleh masuk dan keluar sendiri daripada kereta, malah boleh mengangkat kerusi roda serta melipat untuk dibawa masuk dalam kenderaan. Walaupun bukan mudah, tetapi apabila sudah biasa ia jadi senang saja.
"Setiap kali memandu jauh dan berseorangan saya membuat persiapan seperti memastikan minyak kereta penuh," katanya lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah.
Marziawati berkata, dia mungkin tidak sempurna seperti insan lain, tetapi bukan penghalang berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa.
"Saya akui memang sukar membiasakan diri daripada normal bertukar status OKU dan sentimen segelintir masyarakat juga yang masih ada tidak percaya keupayaan golongan seperti kami.
"Tetapi, apa yang penting adalah diri kita sendiri yang perlu berubah dan mengubah pemikiran kita. Kita perlu sentiasa positif dan bersemangat meneruskan kehidupan biarpun sukar.
"Saya suka berkongsi aktiviti keluar dan masuk kereta supaya semangat itu juga dapat dirasai orang lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggan-berharap-orang |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|