CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3108|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Operasikan laman sesawang lucah, empat warga China ditahan

[Copy link]
Post time 10-6-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket laman sesawang lucah yang menjadikan negara ini sebagai pusat operasi di dua kediaman di Jalan Tun Razak di sini, 5 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sindiket itu terbongkar susulan tangkapan empat individu warga China.

“Operasi yang dijalankan kira-kira pukul 2.45 petang itu berjaya memberkas tiga lelaki dan seorang wanita warga China berusia antara 28 hingga 42 tahun.

“Serbuan dijalankan susulan maklumat diterima berkaitan kegiatan pusat panggilan penipuan dalam talian di lokasi berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Katanya, turut dirampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan.

“Antara rampasan dilakukan melibatkan enam komputer riba, 18 telefon bimbit, empat passport, wang tunai berjumlah RM3,901 dan pelbagai barangan lain,” katanya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kediaman terbabit dijadikan sebagai lokasi mempromosikan, memiliki dan menguruskan laman web berkenaan.

“Siasatan setakat ini mendapati mereka tidak menghasilkan video lucah di negara ini sebaliknya hanya berperanan sebagai ‘administrator’.

“Selain itu, siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit baru saja beroperasi di negara ini,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... arga-china-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list