CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2614|Reply: 5

[Tempatan] Lima haiwan di zoo mati akibat cuaca panas

[Copy link]
Post time 10-6-2024 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Lima haiwan di zoo mati akibat cuaca panas

Pemilik Zoo Rimba Razia di Kuala Berang rugi puluhan ribu ringgit selepas lima ekor haiwan mati dipercayai akibat cuaca panas yang berterusan sejak April lepas. Foto FB Zoo Rimba Razia.

KUALA BERANG - Pemilik Zoo Rimba Razia di Kuala Berang rugi puluhan ribu ringgit selepas lima ekor haiwan mati dipercayai akibat cuaca panas yang berterusan sejak April lepas.

Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata, haiwan terbabit ialah capybara, alpaka, kanggaru, rusa bintik dan mata-mata iaitu spesies kura-kura air tawar yang berasal dari Brazil, selain lebih 100 spesies haiwan di zoo mini miliknya itu berdepan risiko strok haba akibat cuaca panas melampau hingga mencapai 40 darjah Celcius.

"Pihak kami telah mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan risiko strok haba seperti memasang sistem pemercik air, membesarkan kolam dan menambah ais bagi menurunkan suhu.

"Selain itu, kami juga memasang teduhan bagi mengelak sinaran matahari terkena terus kepada haiwan, namun masih ada yang mati," katanya ketika ditemui di zoo berkenaan di Kampung Dusun di sini pada Isnin.

Zakaria berkata, bagi mengelak lebih banyak kematian pada musim panas, pasukan renjer mengambil inisiatif meningkatkan kekerapan pemantauan terutama pada siang hari bagi memastikan bekalan air untuk haiwan di zoo berkenaan mencukupi.

Beliau berkata, hasrat untuk menambah haiwan di zoo itu terpaksa ditangguh sementara waktu memandangkan cuaca panas yang masih berlarutan.

Menurut Zakaria, sejak dibuka 15 Julai tahun lepas, sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan dan menjadi tarikan ekopelancongan yang menjana pendapatan sampingan untuk penduduk setempat dan negeri.

"Walaupun Rimba Razia terletak agak jauh iaitu kira-kira 50 kilometer dari Kuala Terengganu, ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dari dalam dan luar negeri ini. Purata pengunjung pada musim cuti sekolah antara 800 hingga 1,000 orang sehari," katanya.

Beliau berkata harga tiket yang dikenakan juga sangat rendah iaitu RM20 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan warga emas, selain pakej khas disediakan bagi rombongan sekolah dan berkumpulan. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
letak kipas or aircond la kt kandang tu.. jangan letak tgh panas sampai bumbung pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
siannyaaa..i xblh la part hewan hewan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:11 PM | Show all posts
Binatang2 tu boleh ja tahan udara panas asal jangan ko jemur. Yang itu memang macam kena panggang hidup2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
haiwan punya pemakanan ade ke yg boleh jadi lgi dehydrating kat deme??? yelah mcm maknosia, time panas, jgn mnum teh kopi sgala kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 10-6-2024 06:28 PM
siannyaaa..i xblh la part hewan hewan

Bila nak start adopting?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.111212 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list