CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4378|Reply: 10

[Tempatan] Tidak perlu kuarantin jika hidup bersama virus COVID-19" - Pakar

[Copy link]
Post time 10-6-2024 07:48 PM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Tidak perlu kuarantin jika hidup bersama virus COVID-19 - Pakar

Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my

June 9, 2024 @ 4:29pm



Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Pakar virologi berpendapat prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang diwajibkan ke atas pesakit sebelum ini termasuk kewajipan kuarantin boleh dimansuhkan.

Pakar virologi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata langkah itu perlu dilaksanakan kerana negara sekarang berada dalam fasa hidup bersama virus.

Bagaimanapun beliau berkata, dalam pada sama negara perlu sentiasa bersedia terhadap kemungkinan kemunculan virus baharu pada masa depan selain COVID-19.

"Nampak caranya kita akan ke arah itu... jika sebelum ini dijangkiti COVID-19 perlu menjalani kuarantin kendiri, namun selepas ini ia tidak perlu lagi.

"Sebaliknya, mereka yang dijangkiti COVID-19 hanya berjumpa doktor seperti biasa dan berehat dengan rawatan diberikan adalah sama seperti kita mengalami selesema," katanya kepada BH.

Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata rakyat Malaysia kini berada dalam fasa hidup bersama virus COVID-19.

Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) yang diadakan baru-baru ini.

Pada masa sama, Dr Muhammad Amir berkata, walaupun beberapa SOP COVID-19 boleh ditinggalkan, namun langkah dalam mengawal penyebaran masih perlu dilakukan pesakit secara kendiri seperti memakai pelitup muka ketika dijangkiti.

Beliau berkata, dalam keadaan dunia berdepan pelbagai virus sama ada yang muncul semula atau baharu, tiada siapa boleh mengambil mudah dengan terlalu selesa berdasarkan keadaan sekarang.

"Kita kena sentiasa peka dengan sebarang laporan kes terbaru di peringkat global... seperti sekarang ini, adanya kes selesema burung di Amerika Syarikat (AS) yang sudah menjangkiti manusia.

"Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memaklumkan kematian seorang mangsa akibat kes jangkitan manusia pertama yang disahkan oleh makmal dengan subjenis selesema burung A(H5N2)," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... irus-covid-19-pakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2024 07:49 PM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:54 PM | Show all posts
Eleh! Nak suruh ambil vaksin dan dos penggalak lah tu kan???
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:59 PM | Show all posts
"Sebaliknya, mereka yang dijangkiti COVID-19 hanya berjumpa doktor seperti biasa dan berehat dengan rawatan diberikan adalah sama seperti kita mengalami selesema," katanya kepada BH.

Macam selsema katanya!

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu persatu kebenaran terungkai jua akhirnya a gitew
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam selsema pulak katanyaaaa... Dulu kemain kau penjarakkan sosial dalam plane duduk jauh jauh . Nak masuk border tunjuk vaksin bagai.. ajeeee menipu je keje korang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 10-6-2024 08:26 PM
Dah macam selsema pulak katanyaaaa... Dulu kemain kau penjarakkan sosial dalam plane duduk jauh jauh ...

Masalahnya dalam menipu tu ramai yang bodoh percaya sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay nak pergi bancuh air cengkih sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 10-6-2024 08:33 PM
Masalahnya dalam menipu tu ramai yang bodoh percaya sissy.

Provaks dan antivaks jangan gaduh2.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-6-2024 08:50 PM
Provaks dan antivaks jangan gaduh2.

Hikhikhikhikhikhik, sissss…..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.712853 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list