CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1735|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kenal pasti 'hot spot' di DUN Sungai Bakap

[Copy link]
Post time 18-6-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Polis kenal pasti 'hot spot' di DUN Sungai Bakap


BERNAMA - Jun 18, 2024 @ 3:14pm



Mercu tanda ‘Sungai Bakap’ dinaikkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini. - NSTP/DANIAL SAAD




GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang mengenal pasti beberapa lokasi 'hot spot' atau kawasan panas di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu yang bermula secara rasmi, Sabtu ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata pengundi atau penduduk setempat tidak perlu bimbang kerana polis sudah mengambil semua langkah termasuk tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi PRK Sungai Bakap.

"Polis berada pada tahap siap sedia tertinggi dalam persiapan berdepan dengan PRK DUN Sungai Bakap dan kita kenal pasti beberapa kawasan panas selain kawasan lain di situ yang mungkin menjadi lokasi panas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 1,000 pegawai dan anggota polis kontinjen Pulau Pinang akan bertugas sepanjang PRK Sungai Bakap, bermula dari penamaan calon sehingga proses pengundian bagi memastikan kelancaran proses demokrasi itu.

"Polis Pulau Pinang akan menggunakan sumber yang ada (anggota dan pegawai dari Kontinjen Pulau Pinang) untuk bertugas sepanjang tempoh PRK Sungai Bakap melainkan jika ada keperluan mendesak kita akan mohon bantuan dari negeri lain," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046748 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list