CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12838|Reply: 0

[Negeri Sembilan] KKM semak semula perincian SOP berkaitan Covid-19

[Copy link]
Post time 29-6-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Dzulkefly ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024. FOTO Azrul Edham

Nilai: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan semakan semula perincian prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 dalam masa terdekat berikutan rakyat Malaysia beralih ke fasa hidup bersama virus berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata SOP mengandungi tiga perkara iaitu perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

"Tiga perkara ini saya telah bentangkan kepada Kabinet dan Ketua Pengarah Kesihatan akan mengeluarkan perinciannya berkaitan ketiga-tiga perkara berkenaan dalam waktu yang terdekat.

"Ini (SOP) adalah semakan semula namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan dan bila kita sudah ada tarikh itu bersama dengan perincian ini, Ketua Pengarah Kesihatan akan keluarkan kenyataan rasmi.

"Butiran dalam SOP ini bersifat teknikal, sebagai contoh sebelum ini HSO selama lima hari di rumah (positif Covid-19) dan kemas kini gejala dalam MySejahtera. Apabila semakan semula nanti, ia mungkin berubah, kita tunggu perinciannya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia di AEON Mall di sini.

Media sebelum ini melaporkan KKM memutuskan rakyat Malaysia dalam fasa hidup bersama virus Covid-19 dan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet peringkat KKM yang diadakan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, menerusi garis panduan ini bermulanya era bahawa virus Covid-19 seperti juga dengan virus lain seperti Influenza dan lain.

"Sebelum ini, kita berada dalam transisi endemik dan sekarang ini kita berada dalam transisi hidup dengan virus.

"Kita sudah tamat soal pandemik dan akan ambil sikap untuk memulakan fasa 'living with the virus' (hidup bersama virus)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bilangan rakyat negara ini yang mengalami masalah berat badan berlebihan masih pada tahap yang membimbangkan apabila seorang daripada dua individu mengalami obesiti.

Menurutnya, seorang daripada enam orang dewasa menghidap diabetes.

"Lebih dari separuh orang Malaysia dewasa terdedah kepada risiko mendapat penyakit tidak berjangkit (NCD) akibat masalah berlebihan berat badan dan obesiti yang tidak terkawal.

"Statistik menunjukkan prevalen berat badan rakyat Malaysia pada 2011 merekodkan 44.5 peratus dan meningkat kepada 54.5 peratus pada tahun lalu.

"Justeru, melalui program ini, kita berharap ia dapat membantu mengubah minda serta meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan mengamalkan pemakanan sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan," katanya.

Dr Dzulkefly turut menjelaskan bahawa KKM sedang menangani tabiat pengambilan gula secara berlebihan dalam kalangan rakyat negara ini menerusi Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia 2024-2030.

"Pelan ini dirangka bagi memastikan aktiviti yang lebih agresif dan bersasar dapat dilaksanakan secara bersepadu di pelbagai peringkat masyarakat," katanya.


Disiarkan pada: Jun 29, 2024 @ 2:48pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.046954 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list