CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5268|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 42 GRO ditahan dalam Ops Noda di Seremban

[Copy link]
Post time 3-7-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode


GAMBAR hiasan. FOTO NSTP

Seremban: Seramai 42 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan di enam premis hiburan di sekitar Seremban, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Khalid Othman berkata, turut ditahan enam lelaki tempatan yang mengaku sebagai pengurus premis.

"Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Negeri Sembilan melancarkan Ops Noda Khas di enam premis di Seremban membabitkan kekuatan seramai 10 pegawai kanan dan 30 pegawai rendah.

"Jumlah tangkapan seramai 48 individu, ia membabitkan enam lelaki warga tempatan dan 42 wanita warga asing dari Thailand, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan China," katanya, hari ini.

Beliau berkata, daripada semua tangkapan yang berusia 19 hingga 65 tahun itu, lima wanita didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

"Wang tunai berjumlah RM2,206 berserta peralatan hiburan yang digunakan di premis dirampas. Siasatan lanjut juga mendapati lima premis tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan dan lesen hiburan," katanya.

Katanya, enam kertas dibuka membabitkan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan- Peraturan Imigresen 1963 serta Enakmen dan Tempat-Tempat Hiburan 1998.
sumber






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.041961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list