CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21978|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tragedi sambut hari jadi, lelaki OKU maut lemas

[Copy link]
Post time 15-7-2024 09:06 AM | Show all posts |Read mode



Port Dickson: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut dipercayai lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di sebuah hotel di Batu 3, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, difahamkan mangsa datang bersama lima orang rakannya dari Subang Jaya, Selangor untuk bercuti.

"Polis menerima aduan pada 7.48 pagi semalam daripada seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun mengatakan rakannya (mangsa) yang mati lemas semasa sedang mandi di sebuah kolam renang di sebuah hotel di Batu 3, Port Dickson.

"Siasatan awal mendapati simati yang berumur 38 tahun seorang OKU (lumpuh separuh badan) datang bersama lima orang rakannya untuk menyambut ulang tahun kelahiran dan menginap di sebuah hotel dari 11 Julai sehingga 13 Julai 2024 (semalam)," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, mangsa bersama rakan dipercayai mandi di kolam renang itu pada awal pagi sekitar jam 2 pagi semalam (13 Julai) bersama rakan-rakannya.

"Aktiviti tersebut disedari oleh pihak hotel yang melarang kumpulan tersebut untuk terus mandi kerana waktu tidak sesuai.

"Namun ketika itu, baru mereka menyedari dan mendapati mangsa yang berenang bersama rakannya tidak menunjukkan sebarang reaksi tindak balas sebelum di bawa naik ke atas," ujarnya.

Aidi Sham berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.15 pagi semasa dalam perjalanan ke hospital yang dibawa menaiki ambulans.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 9.30 pagi hari ini mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan tangkapan dibuat ke atas dua lelaki dan tiga perempuan tempatan yang berumur lingkungan 31 tahun sehingga 36 tahun untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, semakan rekod lampau dapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik.

"Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kelima-lima suspek dapati positif jenis THC.

"Kesemua suspek dibawa reman ke Mahkamah Seremban pada pagi hari ini dan direman selama tujuh hari bermula 14 Julai sehingga 20 Julai. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.192360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list