CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25775|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ibu bapa perlu terbuka, pastikan anak OKU boleh berdikari

[Copy link]
Post time 15-7-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode

Senator Isaiah Jacob (kanan) dan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (tiga dari kiri) bersama penghuni pusat berkeperluan khas yang belajar membuat dodol di pusat itu di Senwang, lewat petang tadi. Foto Mohd Amin Jalil.


Seremban: Ibu bapa yang mempunyai anak autisme atau berkeperluan khas perlu bersikap terbuka terhadap anak masing-masing bagi memastikan mereka dapat melalui proses hidup berdikari sebagai persiapan masa hadapan.

Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah Jacob, berkata ibu bapa tidak harus menyekat kecenderungan, minat dan bakat yang ada pada anak mereka itu kerana ia boleh menjejaskan masa hadapan.

"Kita dapati kebanyakan ibu bapa di negara ini yang mempunyai anak autisme atau sindrom down dan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) tidak berani membenarkan anak mereka hidup berdikari.

"Sepatutnya ibu bapa memberi peluang kepada anak itu untuk mendapatkan pelbagai kemahiran sesuai dengan minat.

"Dengan adanya kemahiran tertentu berkenaan, akan membantu mereka untuk berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain semata-mata sekali gus dapat meringankan beban keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi lawatan ke rumah Pertubuhan Guru, Ibu Bapa dan Anak-Anak Berkeperluan Khas Negeri Sembilan di Taman Widuri Indah, Senawang, di sini, lewat petang tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.

Isaiah berkata, kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan pusat berkeperluan khas untuk melatih golongan OKU bukan sahaja dari menguruskan diri tetapi juga pelbagai kemahiran yang lain.

"Ibu bapa perlu menghantar anak ke pusat-pusat berkenaan untuk mereka mendapatkan kemahiran," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui PDK perlu diperkasakan lagi dengan mewujudkan pelbagai modul supaya OKU yang menerima pendidikan atau bimbingan di pusat itu benar-benar dapat membantu golongan berkenaan untuk berdikari apabila dewasa kelak.

"Kita perlu wujudkan PDK yang memberi penekanan kepada bidang kemahiran seperti membuat produk makanan, pertanian dan sebagainya dengan bimbingan guru terlatih.

"Melalui kaedah ini kita dapat menyediakan OKU dengan pelbagai kemahiran dan akhirnya dengan kemahiran itu mereka boleh menjana ekonomi dan berdikari," katanya.

Sementara itu, Isaiah berharap kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama dalam menyediakan kawasan sesuai bagi membina lebih banyak pusat kanak-kanak atau orang berkeperluan khas.

Beliau akui ketika ini pusat berkenaan yang sedia ada di seluruh negara belum mencukupi bagi menampung keperluan golongan berkenaan.

"Saya berharap kerajaan negeri khasnya dapat membantu menyediakan kawasan seluas sekurang-kurangnya 1.2 hektar untuk membina bangunan sebagai pusat kemahiran dengan teknologi baharu untuk golongan autisme dan sindrom down.

"Saya sedia membantu mendapatkan dana yang mencukupi bagi merealisasikan usaha dan matlamat ini.

"Saya fikir melalui bidang kemahiran sahaja, akan dapat membantu golongan berkenaan untuk berdikari dan membina masa hadapan yang lebih baik ," katanya.

caption:
SEREMBAN 14 JULAI 2024. Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah Jacob (duduk tengah) dan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (tiga dari kanan) bersama penghuni pusat berkeperluan khas di Senwang, lewat petang tadi. Foto Mohd Amin Jalil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.403783 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list