CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22660|Reply: 8

[Tempatan] Subsidi diesel:RM250 juta hasil negara diselamatkan setakat ini

[Copy link]
Post time 15-7-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode
RM250 juta ketirisan diesel dielak dalam sebulan penyasaran subsidi
Oleh
ADILA SHARINNI WAHID
14 Julai 2024 02:47p



Amir Hamzah (kanan) yang turut bertemu dengan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di ICQS di Pengkalan Kubor, Tumpat.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami



TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan berjaya menggelak ketirisan bahan api itu bernilai lebih RM250 juta dalam tempoh sebulan sejak dilaksanakan 10 Jun lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, data diperolehi menunjukkan pengurangan ketara jualan diesel dari stesen minyak di seluruh negara termasuk berdekatan sempadan.

Menurut beliau, pada awal Jun lalu, purata jualan harian diesel dari stesen minyak di Semenanjung Malaysia adalah 28.6 juta liter sehari manakala pada awal Julai ini, purata jualan harian diesel tersebut turun kepada 22.2 juta liter sehari.

“Berlaku pengurangan sebanyak 6.5 juta liter sehari atau 23 peratus jualan diesel.

“Mengambil kira tiada faktor mendorong pengurangan kegunaan diesel antara Jun dan Julai, boleh disimpulkan bahawa sebelum penyasaran subsidi diesel, sekurang-kurangnya 6.5 juta liter sehari diselewengkan sama ada oleh industri atau diseludup ke negara jiran.

“Daripada jumlah ini, kerajaan boleh menganggarkan jumlah ketirisan yang dapat dielakkan bernilai lebih RM250 juta sebulan,” katanya pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Kementerian Kewangan (MoF) ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini, pada Ahad.

Amir Hamzah berkata, kesimpulan itu turut disokong dengan data jualan diesel secara komersial yang meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan sama.


Katanya, sebelum ini, ketika harga diesel bersubsidi di stesen minyak pada RM2.15 seliter, pihak industri mencari jalan menyumberkan bekalan diesel dari stesen minyak berbanding membeli diesel secara komersial yang melebihi RM3 seliter.

“Sekarang dengan harga di stesen minyak pada RM3.35 seliter, industri tersebut beralih semula kepada membeli diesel secara komersial.

“Pada masa sama, terdapat stesen minyak di kawasan utara berdekatan sempadan mengalami kejatuhan jualan diesel 40 hingga 50 peratus, memaparkan kejatuhan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludup,” katanya.


Dalam pada itu, berkaitan pelaksanaan subsidi petrol RON95 pula, Amir Hamzah memberitahu, kerajaan ketika ini masih lagi memberi tumpuan dan memperhalusi keberkesanan penyasaran subsidi diesel.

“Seperti diterangkan dalam Parlimen, kerajaan masih melihat kelancaran pelaksanaan inisiatif penyasaran subsidi diesel.

“Beri masa untuk kerajaan selesaikan dulu penyasaran subsidi diesel, baru akan lihat mekanisme mana sesuai untuk RON95,” katanya.

Sebelum ini, inisiatif penyasaran subsidi bahan api yang dimulakan dijangka dapat memperkukuh kedudukan fiskal negara dan mengurangkan ketirisan susulan aktiviti penyeludupan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Inflasi naik beraper da kira ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga saiz perut menteri pun turun sekali seiring dengan penurunan ketirisan subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi xde report audit bebas mmg susah la nk percaya ckp muntri madanon nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:47 AM | Show all posts
bungarose replied at 15-7-2024 01:06 PM
Inflasi naik beraper da kira ker?

Jihad Inflasi berjaya ke?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 15-7-2024 01:13 PM
Semoga saiz perut menteri pun turun sekali seiring dengan penurunan ketirisan subsidi

Dia dah banyak kurus tu banding 10 tahun lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2024 08:33 PM | Show all posts
green~tea replied at 23-7-2024 10:53 AM
Dia dah banyak kurus tu banding 10 tahun lepas

Tak cukup lagi tu. Pandang bawah masih nampak perut lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 23-7-2024 08:33 PM
Tak cukup lagi tu. Pandang bawah masih nampak perut lagi.


Dia jiran jumanik

Sama2 gebu hahaha

Tp dia ni sangat pandai la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 10:22 PM | Show all posts
Firenzza replied at 15-7-2024 11:46 AM
Selagi xde report audit bebas mmg susah la nk percaya ckp muntri madanon nih

by logik kalau kerajaan kata jimat RM 250 juta
maksudnya dalam kantung kerajaan ada RM 250 juta.
kalau yang jimat tu cumalah jumlah liter...kerajaan tak dapat apa2 sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.211248 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list