|
[Tempatan]
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat. Sejurus keputusan penggantungan, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah
[Copy link]
|
|
Edited by nikaido at 19-7-2024 09:03 AM
Decaffeinated replied at 18-7-2024 10:35 PM
Dulu masjid2 pun baca qunut nazillah untuk Palestine but now no more. Anybody knows why?...
Tempat aku - surau dkt putrajaya buat lagi bacaan qunut masa semayang jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
seronok la fahysal di gantung, makan gaji buta |
|
|
|
|
|
|
|
stingerbumpy replied at 19-7-2024 07:52 AM
On the contrary Qunut nazilah iteww bagi aku secara logiknya ditujukhen pada Macang keranamelakuk ...
ahh, bagus jugak uols punya pov ni
guna agama konon nak tunjuk sangat diorang tu teraniaya tup2 kena balik masing2..memalukan islam
|
|
|
|
|
|
|
|
keje mudah sungguh amik info surat layang..aritu dr fb.. |
|
|
|
|
|
|
|
_kelly replied at 19-7-2024 09:24 AM
ahh, bagus jugak uols punya pov ni
guna agama konon nak tunjuk sangat diorang tu teraniaya tup2 ke ...
Si Macang ini kaki report polis...berapa kali dia buat laporan polis pada banyak perkara sebelum ini..tang ini pulak dah macam terdesak sehingga sanggup berkongsi surat layang ke parlimen.kerana dia tahu ketidak sahihan berita yg dibawa ini dan tentunya dia sedar dia ada immuniti dan tidak boleh dituduh diluar kerana fitnah ...
Kimarrkkk punya mp |
|
|
|
|
|
|
|
Presint mana? Not 9 or 16 for sure.
|
|
|
|
|
|
|
|
teruknya cara dewan rakyat diuruskan masa anwar ibrahim jadi pm ni |
|
|
|
|
|
|
|
seb baik la perkara2 cam ni jadi masa anwar jadi pm.. kalau la jadi masa pm2 lain, dah berbakul2 makian terhadap pm2 tu dan ydp dewan rakyat masa tu
geli hati tengok gelagat penulisan acik2 porem pasal politik |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak tanya, kena gantung tu gaji jalan ke? Rugilaaa duit tax aku bayar gaji MP ni. Hatta 50 sen pun aku rasa rugi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-7-2024 09:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 19-7-2024 08:39 PM
teruknya cara dewan rakyat diuruskan masa anwar ibrahim jadi pm ni
Anak jd MP. Bapa jd speaker dewan rakyat. Kalo iols kt tempat dia, mmg taklah iols nk amik offer jd speaker. Ada konflik kepentingan di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-7-2024 09:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan.
Menurut beliau, Ahmad Fayhsal sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membela diri sebelum Dewan Rakyat membuat keputusan tersebut.
"Saya bersependapat dengan YB Pasir Gudang (Hassan Karim), bukan tidak pernah berlaku penggantungan di dalam dewan tetapi ia bagi tujuan untuk keadaan tertentu seperti menghina Speaker, degil, tak nak ikut arahan dan sebagainya.
"Dalam kes ini, perbahasan dah berlangsung. Biasanya apa yang sepatutnya dibuat adalah Ahli Parlimen tersebut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebab dalam jawatankuasa ini, (seseorang) itu diberi hak untuk mempertahankan diri.
"Maka, dalam kes ini, memang ada masalah dari segi penafian keadilan," beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Larian Keluarga Malaysia.
Tambahnya lagi, beliau turut mendengar ulasan dan penggulungan daripada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said tentang keseriusan tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Machang.
"Whatever it is, kita boleh bahas di Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebab tu lah (tujuan Jawatankuasa itu) ditubuhkan supaya Ahli Parlimen ada hak untuk membela diri.
"Katalah kalau kamu dituduh membuat satu kesalahan, adil ke tidak mereka dipecat begitu sahaja? Saya rasa tak adil... semua ada hak membela diri dan dia tidak dibernarkan," ujarnya lagi.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan berkuat kuasa hari ini susulan dakwaan mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Usul itu yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan melalui undi belah bahagian.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan tersebut memaklumkan seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, 63 tidak bersetuju, tidak hadir (46) manakala tidak undi (tiga) dengan usul berkenaan selepas ia dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan.
Sebaik sahaja Johari mengumumkan keputusan tersebut, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah yang diketuai oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 19-7-2024 08:33 PM
Presint mana? Not 9 or 16 for sure.
Presint 11, surau fatthurahman. Harini punya jumaat pun ada lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-7-2024 03:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat mana lah undi dia ni....bodoh piangggggg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kihkihkih cal cal, teringat lagi ko pinjam magazine rock the world aku |
|
|
|
|
|
|
| |
|