View: 26300|Reply: 16
|
Murung putus tunang, Penganggur didenda RM1,000 mengaku ugut pukul bapa dengan kayu golf
[Copy link]
|
|
BATU PAHAT: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengugut mahu memukul bapanya dengan kayu golf, Mei lalu.
Muhammad Muslim Mohd Ali, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.
Muhammad Muslim didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah terhadap bapanya berusia 67 tahun di sebuah rumah di Penggaram, di sini, 7.30 pagi, 15 Mei lalu.
Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan dilakukannya.
Fakta kes, pada jam 8.20 malam, 14 Mei lalu, pengadu yang juga abang tertuduh dihubungi adik beradiknya memaklumkan berlaku pertengkaran antara lelaki itu dengan bapanya.
Dalam pertengkaran itu, tertuduh mengugut mahu memukul bapanya menggunakan kayu golf menyebabkan warga emas itu ketakutan lalu keluar menyelamatkan diri.
Abang tertuduh yang bimbang akan keselamatan bapanya lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari kejadian.
Bertindak atas laporan dibuat, polis berjaya menahan tertuduh di rumahnya pada jam 7.20 pagi keesokannya hari bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri selepas dia didakwa mengalami kemurungan.
Hasil laporan daripada pihak Hospital Permai Johor Bahru hari ini, mahkamah memutuskan tertuduh layak untuk dibicara serta memberi pengakuan di mahkamah kerana berupaya mengetahui apa jua tindakan dibuatnya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Zulyati Awang.
Dalam pada itu, peguam tertuduh dalam rayuannya memberitahu, anak guamnya bertindak sedemikian kerana kecewa selepas putus tunang awal tahun lalu.
Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda RM1,000 dan memerintahkannya dipenjara sebulan jika gagal membayarnya.
Sumber : BuletinTV3
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
Yg baju hitam ke baju putih?
Bagus abg fikir nak selamatkan ayah. Gaduh adik beradik blh berbaik, tapi nyawa tak blh ganti. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dapat kayu golf dari mana? Bapak ko main golf ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bila sebut jer kayu golf...nostalgia payung kuning bermain difikiran ku?
Very scary.. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc: Yg baju hitam ke baju putih? Bagus abg fikir nak selamatkan ayah. Gaduh adik beradik blh berbaik, tapi nyawa tak blh ganti.
tunang dia yang hijau kat belakang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia kena pakai jurubahasa? Sebab dia x reti bahasa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 18-7-2024 09:30 PM
tunang dia yang hijau kat belakang tu
Sempat lagi uols
|
|
|
|
|
|
|
|
Baju hitam ngan putih adik beradik? Dua2 mcm terencat akal. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti bewak kan
duk dgn mak pak pastu tak kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
star_karat replied at 19-7-2024 01:17 AM
Baju hitam ngan putih adik beradik? Dua2 mcm terencat akal.
So, salah bapak nye lah kan....apo lah hakim, kene check urine hakim ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah putus tunang. Bekas tunang dia sujud syukur terlepas dari orang baran dan kaki pukul. Celaka sungguh perangai |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya masa bertunang belum menganggur kot.. bila menganggur je tunang terus angkat kaki... tu yang frust tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mmg baran bukan OKU
kluarga pun tak leh control
da tak keja, boleh pulak nak bertunang2 plus kepala angin
mmg bye bye la
|
|
|
|
|
|
|
|
lps selesai ni pi duk jauh2
x blh serumah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kene mandi bunga bawah jambatan ni dekkk byk nau kesialan dlm hidup...gituhh iols mengeji |
|
|
|
|
|
|
|
tunang blaa sbb baran kot eh? Allahu, nsib x jd apa2 kat pakcik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul tindakan adik beradik tu. Ugut nak buat kekerasan pada org tua. Mmg perlu dinilai his mental condition |
|
|
|
|
|
|
| |
|