CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22597|Reply: 0

[Johor] JTDC atasi isu kekurangan pekerja mahir di Johor

[Copy link]
Post time 19-7-2024 07:05 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto BERNAMA


JOHOR BAHRU: Isu kekurangan tenaga kerja mahir di negeri ini perlu diatasi bagi menampung keperluan bakat yang diperlukan industri selari pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata usaha mengatasi isu kekurangan tenaga kerja mahir itu sangat penting untuk mencapai visi Johor sebagai negeri maju menjelang 2030.

Katanya, sejak 1 Januari lalu, jumlah pekerjaan di negeri ini telah meningkat dengan pesat dengan sebanyak 74,710 kekosongan pekerjaan diiklankan.

"Namun, hanya 51,946 pemohon kerja yang direkodkan, malah menurut statistik, 22.3 peratus graduan di Johor bekerja dalam pekerjaan tidak setaraf dan 20 hingga 60 peratus graduan Kolej Vokasional di Johor bekerja luar bidang atas faktor ketidakpadanan.

"Oleh itu, kerajaan negeri telah mencadangkan supaya Majlis Pembangunan Bakat Johor atau Johor Talent Development Council (JTDC) ditubuhkan, pada mesyuarat khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta dihadiri Menteri-Menteri Kabinet yang lain di ibu negara, baru-baru ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, antara perkara yang dibincangkan dan dipersetujui melalui mesyuarat berkenaan termasuk menjadikan JTDC sebagai pusat sehenti bersama Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J).

Katanya, ia bagi memudahkan segala operasi, pengambilan pekerja serta kemasukan pelabur di Johor.

"Selain itu, mesyuarat berkenaan bersetuju menjadikan JTDC sebagai pusat perhubungan antara institusi pengajian tinggi (IPT) dan industri untuk memperbanyak program pembangunan bakat, peningkatan kemahiran serta penempatan kerjaya secara terus.

"JTDC juga akan melaksanakan kajian keberhasilan program dan kursus sedia ada, serta penyasaran semula kursus-kursus yang bertepatan dengan keperluan industri.

"JTDC juga akan berperanan sebagai Pusat Pengumpulan Data oleh kementerian, agensi dan pemegang taruh bagi kajian tenaga kerja dan keperluan industri," katanya.

Onn Hafiz turut yakin penubuhan JTDC sebagai kerangka serampang dua mata, yang mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memenuhi keperluan industri terutamanya di Johor dan Malaysia secara keseluruhan.

"Insya-Allah, dengan dasar yang komprehensif dan sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan, saya yakin JTDC akan memainkan peranan penting untuk menjadikan Johor sebuah negeri maju serta menjadi rujukan utama dalam memenuhi keperluan tenaga mahir tersedia yang mencukupi dan mampan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.085198 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list