CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57778|Reply: 0

[Johor] Rakyat Johor yakin Sultan Ibrahim perkukuhkan perpaduan masyarakat majmuk

[Copy link]
Post time 20-7-2024 07:34 AM | Show all posts |Read mode

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim


Johor Bahru: Rakyat Johor memasang harapan agar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan menjadi simbol kepada perpaduan utuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Seorang ahli perniagaan, Mohd Kassim Hussin, 70, berkata sebagai anak Johor, dia yakin Sultan Ibrahim mempunyai visi supaya negara dan masyarakat lebih maju dan sejahtera.

Menurutnya, dia yakin setiap langkah Sultan Ibrahim memiliki nilai tertentu yang mampu membawa kebaikan kepada masyarakat jelata.

"Baginda memiliki jati diri kental dan pemikiran yang kukuh, tidak pernah membezakan penduduk jelata malah kita dapat melihat perkara ini dengan jelas menerusi pelbagai perkara terlaksana di Johor.

"Malah baginda yang mencetuskan idea Kembara Mahkota Johor mungkin boleh memperluaskan program itu ke seluruh negara supaya dapat mendekati masyarakat terutama di kawasan pedalaman serta mengambil tahu masalah penduduk terutama daripada segi ekonomi," katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan swasta, Suriyana Ahmad, 40, berkata dia berharap Sultan Ibrahim mampu menjadi lambang kedamaian negara serta menjadi contoh baik kepada institusi diraja.

Menurutnya, baginda seharusnya melestarikan perpaduan rakyat serta memastikan pentadbiran negara berada di landasan yang betul.

"Sekarang ini cetus pelbagai isu keagamaan hingga ia boleh mencetuskan perbalahan, mungkin baginda boleh menumpu lebih perhatian kepadanya.

"Apa yang penting, kedaulatan diraja terjamin selain rakyat dapat hidup aman damai dengan tanpa gangguan.

"Kita yakin memiliki seorang raja berdaulat yang juga pemerintah tertinggi negara kita bergelar Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sementara itu, ahli perniagaan, M Kandapan, 64, berkata, beliau dia yakin baginda memberi perhatian sama rata kepada rakyat di seluruh negara tanpa mengira bangsa dan negara.

Menurutnya, dia yakin baginda raja berjiwa rakyat mampu membawa pembaharuan.

"Setiap anak Johor menganggap diri kami sebagai anak didik Sultan Ibrahim kerana baginda seorang yang mudah mesra dan penyayang.

"Kami kagum apabila Sultan Ibrahim menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan berdoa supaya istiadat bakal berlangsung lancar," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.693291 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list