View: 64924|Reply: 14
|
[Jenayah]
Mengalami Skrin Biru, Tak Boleh Nak Bekerja!
[Copy link]
|
|
Hari ini, seluruh dunia digemparkan dengan gangguan IT yang mengakibatkan pengguna Windows terjejas.
Menurut NDTV, pihak Microsoft telah menghantar satu notis menyatakan masalah berlaku disebabkan pengemaskinian CrowdStrike 'Falcon Sensor'.
Berikutan itu, beberapa syarikat dan perkhidmatan turut terjejas termasuk AirAsia dan Lapangan Terbang Changi di Singapura.
Dalam pada itu, pengguna media sosial dari serata dunia turut berkongsi isu yang dialami dengan memuat naik gambar dan tangkap layar yang memaparkan mesej beserta skrin berwarna biru.
Ramai Pengguna Alami Blue Screen of Death
Disebut juga sebagai Blue Screen of Death (BSOD), ia menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses komputer atau laptop masing-masing. Mereka perlu menunggu peranti terbabit untuk restart, yang mengambil masa agak lama.
Keadaan ini sekaligus merencatkan pekerjaan mereka terutama yang bergantung 100% kepada teknologi tersebut.
Dalam pada itu, Microsoft memaklumkan dalam salah satu pengemaskinian teknikal di laman sesawang rasmi, isu ini bermula jam 7.00 petang waktu tempatan. Ia telah menjejaskan pengguna platform Azure yang menjalankan perisian keselamatan siber CrowdStrike Falcon.
"Kami mengesyorkan pelanggan untuk membuat pemulihan dari sandaran (backup) sebelum ini," ujar Microsoft.
Terdahulu, pihak Microsoft 365 telah menerima aduan dari para pengguna melalui platform X berkenaan peranti OneDrive yang tidak berfungsi awal pagi tadi.
Berkenaan isu yang melanda satu dunia ini, CEO CrowdStrike, George Kurtz turut memaklumkan perkara ini di laman X miliknya.
"CrowdStrike sedang berusaha bersama pelanggan yang terkesan dengan kecacatan (defect) yang dijumpai dalam satu kandungan pengemaskinian hos Windows. Hos Mac dan Linux tidak terkesan.
"(Kejadian) ini tidak melibatkan insiden keselamatan atau serangan siber. Isu ini telah dikenal pasti, diasingkan dan (proses) pemulihan telah dijalankan," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bam Puting Rusia marah Trump ditembak....kata acik anti vaks pakar rebus bunga cengkeh
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
..ada jadi kat laptop tak silap hari rabu ke khamis lepas tapi dia reboot semula selepas countdown seminit tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Komputer iols dah buat hal since monday..kita bg la dia rest..
Nmpk gaya kena masuk klinik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm iols pakai laptop, alhamdulillah ok..
Menda ni berlaku bila exactly? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni untuk yang pakai Crowdstrike je.
Biase yang nk cybersecurity la.
Last2 update dari crwodstrike menyebabkan windows x pasal2 kene tuduh x secure.
BTW incik TT, x yah la paste banyak2 gmbr and setiap satu tu buat komen lain.
Ko lapar credit ke hape?
Momod and SMod mmg dah x function ke?
Makin hauk dah CI skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 21-7-2024 12:05 PM
Ni untuk yang pakai Crowdstrike je.
Biase yang nk cybersecurity la.
Last2 update dari crwodstrike me ...
Bila kau pulak nak pos berita2 kat CI dan menjadikan cari forum sebagai media hauk-free sissy? |
|
|
|
|
|
|
| |
|