CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84640|Reply: 8

[Tempatan] Gangguan IT global tidak jejas perkhidmatan CELCOMDIGI

[Copy link]
Post time 20-7-2024 05:12 PM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Gangguan IT global tidak jejas perkhidmatan CELCOMDIGI

BERNAMA

July 20, 2024 @ 4:21pm



Gangguan IT global tidak jejas perkhidmatan CELCOMDIGI


KUALA LUMPUR: Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku semalam tidak menjejaskan operasi serta perkhidmatannya kepada pelanggan, kata CelcomDigi Bhd.

Pengendali rangkaian mudah alih itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata perkhidmatannya tidak terjejas sepanjang gangguan itu dan pelanggannya dapat menggunakan perkhidmatan data dan suara mereka seperti biasa.


"Hanya sedikit gangguan yang dialami dalam perkhidmatan sokongan, seperti keupayaan tambah nilai, yang diselesaikan dengan segera oleh pasukan pemulihan perkhidmatan kami yang menawarkan alternatif kepada pelanggan untuk terus menambah nilai semasa tempoh itu.

"Kami akan terus memantau rangkaian dan perkhidmatan sokongan untuk memastikan pelanggan terus menikmati perkhidmatan CelcomDigi dengan lancar," katanya.


Pelanggan yang berdepan dengan sebarang masalah berhubung perkara itu diminta menghubungi talian sokongan CelcomDigi untuk mendapatkan bantuan (Celcom: 019-601 1111, Digi: 016-2211 800).

Bagi memastikan pelanggan mendapat maklumat yang lebih jelas, syarikat itu menyiarkan pengumuman berkaitan perkhidmatannya di halaman hadapan laman webnya dan di media sosial, dengan maklumat lebih lanjut tentang sokongan yang diberikan semasa gangguan itu di halaman Notisnya.

Bagi mendapat maklumat lebih lanjut pelanggan boleh melayari www.celcomdigi.com.


https://www.bharian.com.my/amp/b ... hidmatan-celcomdigi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 08:54 PM | Show all posts

Kami akan terus memantau rangkaian dan perkhidmatan sokongan untuk memastikan pelanggan terus menikmati perkhidmatan CelcomDigi dengan lancar," katanya


Lancarlah sangat!!!! Lepas gabung dengan Digi, Celcom yang dah sedia hauk ni bertambah hauk!

Line full bar 4G tapi no connection!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 08:56 PM | Show all posts
adoii tak terjejas mende..
sjk kawin celcom. DG pun jd hampeh! nasib tak humban henpon
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 20-7-2024 08:56 PM
adoii tak terjejas mende..
sjk kawin celcom. DG pun jd hampeh! nasib tak humban henpon

sabar kejap cikgu, dorang tengah upgrade coverage rasanya sebab kawasan iols haritu slow jugak internet tapi minggu ni terus dapat 5g..iols pakai dedua celcom dan digi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
DeluluMelulu replied at 20-7-2024 08:54 PM
Lancarlah sangat!!!! Lepas gabung dengan Digi, Celcom yang dah sedia hauk ni bertambah hauk!

Lin ...

Tapi akak sayang celcom sebab kalau kat kampung akak kat lipis nun, yang lain semua hauk tak ada line sangat sissy. Celcom je boleh harap pun sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:09 PM | Show all posts
pooh~key replied at 20-7-2024 09:01 PM
Tapi akak sayang celcom sebab kalau kat kampung akak kat lipis nun, yang lain semua hauk tak ada l ...

Iols sayang juga Celcom sis .
Dulu, sebut Celcom je semua tahu Celcom the best dari segi coverage dan harga competitive. Siap dapat panggilan percuma setiap kali hari lahir, untuk 8 nombor Celcom tu siap dapat rate murah lagi.


Tapi, sejak beberapa tahun ni perasan Celcom dah mula hauk. Kita punyalah setia kat Celcom, tapi kualiti makin drop.

Kemuncak kemarahan iols masa beberapa bulan lepas, dah beli data baru tiap2 bulan topup, tapi ada satu hari tu tak dapat langsung internet connection. Dahlah coverage telco lain tak meluas kat kawasan kampung ni. Celcom yang diharapkan buat hal

Sekarang, iols sekadar topup untuk taknak bagi nombor mati je. Dah tawar hati nak langgan data semua tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la x terjejas, sebab dah sedia teruk. Tunjuk 4g, tapi bila buka browser ke medsos ke no connection, cam heremmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 20-7-2024 09:01 PM
Tapi akak sayang celcom sebab kalau kat kampung akak kat lipis nun, yang lain semua hauk tak ada l ...

Kaka sissy sekampung dgn siti lizah rupanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-7-2024 09:49 PM
Kaka sissy sekampung dgn siti lizah rupanya.

Yes sissy. Jangan tak tahu akak 2 kali pernah kerumun beratur untuk sesi bergambar dengan beliau masa hari raya yach sissy. Masa tu pakai kamera kodak lagi sissy.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042068 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list