[Jenayah]
KEMAS KINI: Pemandu Perodua Bezza 'larikan' dua budak perempuan ditahan polis. KES: Lelaki pandu Perodua Bezza hitam didakwa 'larikan' budak dari Taman Ikan Emas.
Tangkap layar video tular memaparkan budak perempuan ditemui semula selepas didakwa mengikut seorang lelaki memandu Perodua Bezza hitam di Taman Ikan Emas, Kuala Selangor, semalam.
KUALA SELANGOR: Kemunculan sebuah Perodua Bezza berwarna hitam yang didakwa 'melarikan' kanak-kanak di sekitar Taman Ikan Emas, di sini, menimbulkan kebimbangan komuniti di situ.
Terbaru, dua kanak-kanak perempuan didakwa dilarikan seorang lelaki yang memandu kereta jenama berkenaan di taman terbabit, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam.
Penduduk, Nur Azura Mohammad Wazir, 37, mendakwa anak saudaranya, Kayla Keysha Khaidil Khalid, 8, bersama dua rakan sedang bermain di kawasan berhampiran rumah ketika dihampiri seorang lelaki muda yang mengajak menaiki keretanya.
"Dua daripada mereka termasuk anak saudara mengikuti lelaki terbabit, manakala seorang rakan enggan. Rakan mereka yang tidak ikut kemudian memaklumkan kepada kami, Kayla naik kenderaan bersama seorang lelaki dewasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Panik dengan situasi itu, Nur Azura memaklumkan, mereka membuat laporan di Balai Polis Jeram sejam kemudian untuk tindakan lanjut sebelum Kayla dan rakannya itu ditemui orang ramai berjalan menuju ke rumah, kira-kira jam 7 malam tadi.
"Kayla memaklumkan, lelaki terbabit membelikan mereka minuman, selain singgah di rumahnya untuk menukar baju. Lelaki terbabit kemudian menghantar mereka di taman sebelah dan kedua-duanya terpaksa berjalan untuk pulang ke rumah.
"Sepanjang tempoh bersama lelaki itu, Kayla dan rakannya memaklumkan lelaki terbabit tidak ada melakukan apa-apa terhadap mereka," kata peniaga berkenaan dan memberitahu insiden kali kedua berlaku di taman berkenaan.
"April lalu, ada kejadian kanak-kanak dilaporkan hilang selepas menaiki Perodua Bezza hitam pada waktu petang sebelum ditemui semula pada tengah malam hari sama. Apa yang berlaku menyebabkan komuniti Taman Ikan Emas bimbang keselamatan anak-anak bermain di kawasan luar rumah.
"Saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membenarkan anak-anak keluar bermain di luar rumah pada waktu petang," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata pihaknya menerima laporan dibuat ibu seorang kanak-kanak kejadian itu jam 6.30 petang semalam.
"Kami juga mengesan hantaran tular di media sosial berkaitan dua kanak-kanak perempuan, masing-masing berusia 8 dan 6 tahun dilarikan seorang lelaki memandu Perodua Bezza berwarna hitam di Taman Ikan Emas.
"Pihak polis bertindak menjalankan siasatan segera sejurus menerima laporan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Ambia berkata, kedua-dua kanak-kanak berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di Taman Kelisa, berhampiran rumah pada jam 7.45 malam tadi, kira-kira satu jam selepas dilaporkan hilang.
"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kes berkenaan," katanya mengingatkan orang ramai mengawasi anak yang ada di luar rumah bagi mengelak kejadian tidak diingini.
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam cubaan melarikan dua kanak-kanak di Taman Ikan Emas, Jeram, Selangor semalam.
Pemangku Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Mohd Ambia Nordin berkata, pihaknya juga telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menerusi satu kenyataan beliau berkata, pihaknya telah terkesan dengan posting tular di media sosial berkenaan dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 6 tahun yamg telah dilarikan oleh seorang lelaki yang menaiki Perodua Bezza hitam.
“Kejadian berlaku ketika dua beradik itu sedang bermain di Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas, Jeram.Laporan polis kemudian dibuat pada jam 6.30 petang semalam oleh ibu mangsa di Balai Polis Jeram”, katanya.
Tindakan pantas polis kemudian berjaya menemui kanak-kanak berkenaan sekitar jam 7.45 malam berhampiran kawasan kediaman mereka di Taman Kelisa.
Mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan kanak-kanak terbabit serta penjaga mereka.
Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Post time 20-7-2024 11:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
xperlu guna kkerasan pun bdk2 tu slumber msuk kereta org xdkenali. gila seram mcm ni. parents tlong la alert sllu pesan kt ank2 do’s n don’ts bkaitan strangers
Pemandu kereta Perodua Bezza yang didakwa 'melarikan' dua budak perempuan dalam kejadian di Taman Ikan Emas, Kuala Selangor kelmarin, ditahan polis awal pagi tadi.
KUALA SELANGOR: Pemandu kereta Perodua Bezza yang didakwa 'melarikan' dua budak perempuan di Taman Ikan Emas di sini kelmarin, ditahan polis awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah di rumahnya dekat Jeram, jam 2.40 pagi.
"Ketika ditahan, suspek memberi kerjasama penuh dan tiada cubaan melarikan diri.
"Hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.
Susulan tangkapan itu, lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Klang untuk proses reman.
"Suspek direman selama lima hari bermula hari ini hingga 25 Julai bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Ambia berkata, polis masih dalam siasatan untuk mengenal pasti motif dan modus operandi suspek.
"Orang ramai diingatkan supaya mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan dibuat ibu mangsa berhubung kejadian itu jam 6.30 petang kelmarin.
Mohd Ambia dilaporkan berkata, pihaknya mengesan hantaran tular di media sosial berkaitan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia 8 dan 6 tahun dilarikan seorang lelaki memandu Perodua Bezza berwarna hitam.
Kedua-dua kanak-kanak berkenaan kemudian ditemui dalam keadaan selamat di Taman Kelisa berhampiran rumah mangsa jam 7.45 malam iaitu kira-kira satu jam selepas dilaporkan hilang.