CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72332|Reply: 5

[Tempatan] 'Kami mahu balik Bangladesh, tapi di sana lagi susah dapat kerja'

[Copy link]
Post time 21-7-2024 12:36 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pendatang asing tanpa izin (PATI) didapati sanggup mengambil risiko ditangkap pihak berkuasa berbanding pulang ke kampung halaman walaupun tiada pekerjaan tetap di negara ini.

Warga asing ini antaranya ada yang difahamkan melarikan diri daripada majikan ataupun dibiarkan terlalu lama tanpa pekerjaan oleh majikan yang membawa mereka masuk ke dalam negara.
Perkara itu diakui segelintir PATI warga Bangladesh yang ditahan Jabatan Imigresen ketika menjaja bunga di kaki lima dalam Ops Kutip di sekitar Bukit Bintang, di sini semalam.

Seorang daripada mereka yang enggan dikenali ketika ditemui berkata dia membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk bekerja di Malaysia.



"Saya datang sini (Malaysia) dua tahun lalu tetapi bila sudah sampai, ejen kata kerja tak ada. Jadi saya terpaksa kerja jual bunga kerana mahu cari makan.

"Kita semua mahu balik kampung (Bangladesh) tetapi di sana lagi susah mahu dapat kerja. Jadi sebab itu saya duduk di sini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata seramai 30 warga asing diperiksa dalam Ops Kutip yang bermula 8 malam semalam.


Katanya, daripada jumlah itu, 10 lelaki warga asing ditahan merangkumi tujuh Bangladesh, Filipina (satu) dan Pakistan (dua).
"Ramai didapati memiliki pas pekerjaan tetapi menyalahgunakan syarat pas, dipercayai kerana tidak mempunyai pekerjaan.

"Kami percaya mereka tidak mempunyai pekerjaan kerana dibiarkan oleh majikan terlalu lama atau melarikan diri daripada majikan," katanya.

Wan Mohammed berkata majikan perlu menghantar pulang buruh asing sekiranya sudah tidak mempunyai sebarang pekerjaan bersesuaian ataupun jika sudah tidak mampu membayar gaji mereka.

Beliau mengingatkan majikan terbabit supaya tidak meminggirkan buruh asing yang tidak diperlukan,, sebaliknya menghantar mereka pulang pekerja terbabit dengan cara sah.

"Bagi pekerja asing atau PATI terbabit, dinasihatkan supaya merebut peluang menyertai Program Repatriasi Migran untuk pulang ke negara asal masing-masing.

"Menerusi program ini, PATI akan dihantar pulang ke negara asal dan pada masa sama dapat mengelak dikenakan tindakan tegas sekiranya ditangkap semasa operasi jabatan," katanya.

SUMBER: Berita Harian (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil - Julai 20, 2024)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2024 02:28 AM | Show all posts
boleh aja korang jual barang dr bangladesh ke sini.hantar by parcel,x yah mai sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 06:57 AM | Show all posts
datang sini buka mini-Dhaka pula kan. rindu kampung halaman kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 21-7-2024 11:09 AM

Kau nikah wanita gemuk wanita oku wanita andartu dan beranak terus masalah kau selesai, duit boleh dicari kalau rajin, Malaysia tak kan sampai kebuluran rata2 bangla gemuk2 cukup makan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:05 PM | Show all posts
Habis tu, pergilah negara lain cari kerja. Ke, negara lain very strict tak macam Malazeia.

Pihak berkuasa pantaulah agent, import sukahati sebab nak collect commission. Tangkap pati tu, check mana agent yang angkut dia. Tarik balik lesen.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:31 AM | Show all posts
jawapan stendet je tu padhal mmng niat dia nk berhidupan di Malaysia sepuasnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041336 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list