CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23644|Reply: 14

[Tempatan] 'Saya tunggu macam orang bodoh', kata bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong

[Copy link]
Post time 22-7-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode
'Saya tunggu macam orang bodoh' - Wee bidas AirAsia

https://m.malaysiakini.com/news/712644

Diterbitkan:  Jul 21, 2024 3:14 PM
Dikemaskini: 3:14 PM





Beberapa kelewatan penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu ke Sandakan semalam mencetuskan kemarahan bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong.

Menerusi Facebook, Wee, yang menyatakan rasa kecewa, membidas syarikat penerbangan tambang murah itu kerana didakwa "lari daripada tanggungjawab" selepas menangguhkan penerbangan - yang dijadualkan pada 3.10 petang semalam - lima kali.

“Seawal 8.40 pagi pada 20 Julai 2024, saya menerima SMS dari pihak AirAsia bahawa penerbangan saya ditunda ke 5.55 petang pada 20 Julai 2024.

"Sekitar 2 petang selepas saya 'check out' dari Hotel Le Meridian Kota Kinabalu, saya sekali lagi dimaklumkan oleh pihak AirAsia bahawa pernerbangan saya terpaksa ditunda ke 11.30 malam 20 Julai 2024.

"Pada jam 8.55 malam, 20 Julai 2024, saya menerima mesej dari AirAsia bahawa penerbangan saya BKI-SDK akan ditunda ke 2.10 pagi pada 21 Julai 2024.

"Akan tetapi, pada jam 10.15 malam, 20 Julai 2024, saya dimaklumkan oleh pihak AirAsia bahawa penerbangan saya akan diawalkan ke 1.30 pagi pada 21 Julai 2024. Saya pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada sebelum jam 1 pagi pada 21 Julai 2024.

"Namun, saya betul-betul terkilan apabila staf AirAsia di kaunter mengesahkan bahawa penerbangan AK6498 telah dibatalkan dan segala maklumat mengenai penerbangan hanya akan diketahui dan dimaklumkan kepada semua penumpang pada 7 pagi, 21 Julai 2024.

"Hey! Tolong jangan susahkan kami! Saya mendaftar keluar dari hotel pada pukul 2 petang. Selepas itu, saya tunggi macam orang bodoh,” katanya dalam video berdurasi tiga minit itu.

Presiden MCA itu menegaskan bahawa AirAsia sepatutnya memberi notis awal kepada penumpang sekiranya terdapat masalah dengan penerbangan itu.

Ini, katanya, bagi membolehkan penumpang mempertimbangkan alternatif lain untuk sampai ke destinasi mereka.

"Kalau AirAsia dah nak batalkan penerbangan AK6498, awal-awal lagi patut maklumkan kepada penumpang dan jangan sekali memberi maklumat atau harapan palsu kepada penumpang berkali-kali.

"Saya dapati ramai lagi pelanggan AirAsia yang terkandas di KKIA. Kesian mereka. Sekumpulan penumpang yang saya temui di Promenade Hotel marah dengan syarikat penerbangan tersebut yang tidak mengatur sebarang penginapan kepada penumpang yang terkandas selama dua hari sehingga Isnin depan. Bayangkan," katanya.

"Saya terpaksa batalkan program saya di Sandakan yang dijadualkan pada 7 malam, 20 Julai 2024 dan program 10 pagi 21 Julai 2024 masih belum tahu kedudukannya. Maaflah kawan-kawan saya yang menunggu saya di Sandakan,” tambahnya.

Malaysiakini sedang menghubungi AirAsia untuk mendapatkan ulasan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Air Asia ni mmg problematic la. Flight yg cancel Ms pkp dulu pun dgr2nya ticket kira burn.

Malaysia ni x de penguatkuasa utk flight industries ker? X berkutik pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 01:07 PM | Show all posts
otai_g replied at 22-7-2024 10:53 AM
Air Asia ni mmg problematic la. Flight yg cancel Ms pkp dulu pun dgr2nya ticket kira burn.

Malaysia ...

dia masuk dlm credit account ke apa namanye tah
ada expiry lak tu
kite ni mana la nak pikir ke mana lepas pkp tu
senyap2 dia burn gitu je duit kita
takde reminder takde ape
aku tak halal eh tony kau amik duit aku centu je
kau boncet masuk neraka
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 01:12 PM | Show all posts
bottombikini replied at 22-7-2024 01:07 PM
dia masuk dlm credit account ke apa namanye tah
ada expiry lak tu
kite ni mana la nak pikir ke man ...

aku punya dulu pun masuk CA.  pastu tetiba jadi voucher

beza credit account dgn baucer ni, credit account ni katelah ko beli tiket flight RM200 maknenek caj lain RM300, so total RM500, credit account ko akan tolak the whole RM500 tu

voucher plak cuma akan tolak tiket flight RM200 je, so maknenek caj lain yg kekdg lg mahal dari harga tiket tu still kene bayar pakai cash jugak. hangsuang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 01:15 PM | Show all posts
dah pernah kena banyak kali dah....mmg sampai 3-6 kali postpone...last2 dia cancel the flight....tidur kat atas kerusi la jawabnya...sewa hotel mahal...nak balik takut tetiba flight ada....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu la aa ni tutup kedai kat jpn. Kat jpn engko murah pun tapi tak menepati janji flight time engko pelanggan pun akan terpaksa tak menepati janji dia org juga. Menepati janji adalah honor kepada org jepun. Sbb tu system dia smooth tak der hiccup. Bas dlm pkn pun punctuAl, ketapi laju pun punctual.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu jepun bila dia janji, dia cuma commit 80% jer dari capability baru confident boleh deliver. Kita commit 1000% dari capability mmg ler scam...saya ulammmmmmmm hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AA ni aku mmg tak berani. Fly at your own risk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 04:26 PM | Show all posts
nak jimat punya pasal kan....kembalilah kepada penerbangan lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama2 AA ni mesti lingkup, berbisnes xde adab
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu bangga best world low cost airline
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:43 PM | Show all posts
staff AA tak tau ke tu bekas menteri pengangkutan  ?

patut menteri2 kena rajin turun padang mcm MB johor ( ) yg dlm tiktok tu sound kontraktor

wa jarang naik flight, delay pn wa redho wakakaka

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru sedar ka service company swasta pun mcm haram even company bilion2. Tp rakyat cuma nampak service kerajaan je teruk
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Momohizan at 22-7-2024 11:48 PM
otai_g replied at 22-7-2024 10:53 AM
Air Asia ni mmg problematic la. Flight yg cancel Ms pkp dulu pun dgr2nya ticket kira burn.

Malaysia ...


Yang diatas patut kuatkuasakan peraturan for the flight operators dijaga baik oleh Tiny T. Sekarang CAAM dah serap MOVCOM..Kita tengok la macam mana Tiny T nak membelai2 big boss CAAM
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 22-7-2024 09:40 PM
Baru sedar ka service company swasta pun mcm haram even company bilion2. Tp rakyat cuma nampak servi ...

Hutang pun berlambak. On paper tak cantik langsung balance sheet AA ni. Bila low cash, propa lagi, split shares, harap share prices naik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043250 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list