View: 23908|Reply: 19
|
[Tempatan]
Rusuhan Bangladesh: Wisma Putra didakwa lambat selamatkan pelajar
[Copy link]
|
|
Rusuhan Bangladesh: Wisma Putra didakwa lambat selamatkan pelajar
https://m.malaysiakini.com/news/712658
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Jul 21, 2024 6:40 PM
Dikemaskini: 6:52 PM
Wisma Putra dihujani kritikan atas dakwaan perlahan dalam bertindak melindungi pelajar Malaysia di Bangladesh, di tengah tindakan ganas pihak berkuasa terhadap demonstrasi di ibu negara itu.
Ia selepas Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dilihat memindahkan pelajar ke tempat selamat hanya selepas ia dibangkitkan di media sosial.
Pelajar universiti di Bangladesh kini sedang mengadakan protes menentang kuota yang tidak saksama dalam perkhidmatan awam. Demonstrasi bertukar ganas pada Isnin lalu, dengan pertembungan dengan pihak berkuasa setakat ini telah meragut 100 nyawa.
Pada Khamis lalu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan pelajar Malaysia telah dipindahkan ke Suruhanjaya Tinggi untuk keselamatan dan menunggu arahan lanjut.
Bagaimanapun Suruhanjaya Tinggi seperti tidak menempatkan pelajar di sana.
Menurut Wisma Putra, Suruhanjaya Tinggi sedang meneroka penyelesaian yang boleh diambil, termasuk tempat perlindungan sementara serta bantuan untuk pelajar pulang ke Malaysia.
Aktivis Shakila Zen - yang membangkitkan keadaan yang dihadapi pelajar - berkata dia dimaklumkan oleh salah seorang pelajar yang Suruhanjaya Tinggi tidak dapat menyediakan perlindungan kepada mereka.
"Menurut kawan saya (di Bangladesh), mereka diberitahu untuk pulang ke tempat tinggal masing-masing kerana tiada kemudahan atau kewangan untuk menolong mereka.
"Pelajar yang ke Suruhanjaya Tinggi diberitahu untuk pulang ke hostel," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Pada Jumaat lalu, Wisma Putra berkata pihaknya telah membantu dua pelajar untuk meninggalkan Dhaka dan menempatkan sekumpulan yang lain di tempat tinggal sementara.
Namun, setakat semalam, tidak semua pelajar Malaysia di Dhaka berada di tempat yang selamat.
Pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam, Shakila di X sekali lagi membangkitkan keadaan di sana selepas dihubungi seorang pelajar.
Pelajar itu mendakwa Suruhanjaya Tinggi memaklumkan yang mereka tiada cukup wang untuk mengeluarkan semua pelajar Malaysia.
Menurut Shakila, pelajar yang menghubunginya itu juga belum mendapat tempat perlindungan, dan maka mula menghubungi pempengaruh media sosial untuk bersuara berkenaan keadaan mereka.
Lima jam kemudian, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan Menteri Luar Mohamad Hasan telah mengarahkan agar pelajar Malaysia ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi dan kediaman rasmi.
Hari ini, Wisma Putra berkata pelajar yang terkesan dengan demonstrasi telah dipindahkan.
Namun, seorang pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam hantaran di X berkata dia telah mengongsikan hantaran Shakila kepada Wisma Putra untuk tindakan lanjut sejak Khamis lalu.
Keputusan Wisma Putra mengaktifkan bilik operasi hanya mulai hari ini memburukkan lagi spekulasi berkenaan kelambatan mereka bertindak.
Ketika dihubungi, jurucakap Wisma Putra membangkitkan kenyataan yang dikeluarkan semalam apabila ditanya mengapa pelajar Malaysia tidak ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi apabila mereka dibawa ke sana pada Khamis lalu.
Nepal, Bhutan dan India telah mula membawa keluar pelajar mereka dari Bangladesh beberapa hari lalu.
Ketika perang Russia-Ukraine tercetus pada 2022, Wisma Putra turut dikritik atas kelemahan dalam bertindak mengeluarkan warga Malaysia daripada Kyiv.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah bermatian tau kat sana. Parents cepat gi gegar wisma putra. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 22-7-2024 02:42 PM
sementara itu...subsidi diesel kita akn CEPAT2 tarik la...abang... |
|
|
|
|
|
|
|
dekat bangladesh dah la kerja kurang, kerajaan nak mengurangkan lagi kerja...memang mengamuk la abg2 la semua |
|
|
|
|
|
|
|
so slow. what else is new |
|
|
|
|
|
|
|
Madanon punya kerja lembab nak mampuisss...nak tggu bdak2 medik msia kat sana meninggal dulo ke baru nak bertindak...so shiall |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 22-7-2024 02:43 PM
dekat bangladesh dah la kerja kurang, kerajaan nak mengurangkan lagi kerja...memang mengamuk la abg2 ...
Kerajaan Bangla nak mengurangkan populasi manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Mat.. apa yg korang harapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo rusuhan tu kat london maybe deme lagi laju hantar bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
Di Bangladesh itu hanya consulate or embassy?..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau benda tu berlaku dekat negara maju dan cantik, laju je diorang buat kerja. Seronok dapat pergi melawat dan jalan2. Kalau pelajar+pekerja dekat negara miskin, orang gomen ni malas nak ambil tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada budak yg reveal psl kelembapan ini kat X..tibah kena kecam dgn walanon
Padahal kalau jd kat zaman PM lain ...kemain walanon ni mengutuk current gomen lembab bagai |
|
|
|
|
|
|
|
lembab gila. adaka disuruhnya student pg naik uber berlingdung p spital. nasib la aday g kenal bangla2 kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 23-7-2024 08:59 AM
Kalau benda tu berlaku dekat negara maju dan cantik, laju je diorang buat kerja. Seronok dapat pergi ...
Macam tu pulak ye berat sebelah dia |
|
|
|
|
|
|
|
ka;au era jibun dia main golf dulu...
kahlahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 22-7-2024 02:51 PM
Madanon punya kerja lembab nak mampuisss...nak tggu bdak2 medik msia kat sana meninggal dulo ke baru ...
Bab kerja memang slow sikit kak tapi bab cakap dia laju. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|