View: 17591|Reply: 0
|
[Dunia]
TERKINI! Biden undur diri dari pemilihan semula Presiden AS
[Copy link]
|
|
Biden berkata beliau akan kekal dalam peranannya sebagai Presiden dan Ketua Komander sehingga tempohnya berakhir pada Januari 2025. - Foto fail/REUTERS
DELAWARE: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan beliau akan berundur daripada persaingan pemilihan semula selepas desakan semakin meningkat dalam Parti Demokratnya sendiri, pada Ahad.
Pengunduran Biden sekaligus membuka lembaran baharu Pemilihan Presiden AS selepas beliau menyatakan sokongan kepada Naib Presiden, Kamala Harris untuk mengantikannya sebagai calon parti itu menentang calon Republikan Donald Trump.
Biden, 81, dalam catatan di X berkata, beliau akan kekal dalam peranannya sebagai Presiden dan Ketua Komander sehingga tempohnya berakhir pada Januari 2025.
Beliau tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak diuji positif COVID-19 minggu lalu dan mengasingkan diri di rumahnya di Pantai Rehoboth, Delaware.
"Walaupun sudah menjadi hasrat saya untuk dipilih semula, saya percaya adalah demi kepentingan terbaik parti saya dan negara untuk saya berundur dan menumpukan perhatian semata-mata untuk memenuhi tugas saya sebagai Presiden untuk baki penggal saya," tulis Biden.
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat, Jaime Harrison berkata, rakyat AS akan mendengar daripada parti itu mengenai langkah seterusnya dan laluan ke hadapan untuk proses penamaan calon tidak lama lagi.
Ia adalah kali pertama dalam lebih setengah abad seorang penyandang Presiden AS melepaskan pencalonan partinya.
Kempen Biden berada di hujung tanduk sejak perdebatan pada 27 Jun menentang bekas Presiden Trump, 78, di mana Biden dilihat kadang-kala bergelut.
Desakan dari dalam partinya semakin hangat sejak minggu lalu dengan 36 anggota Kongres Demokrat secara terbuka menyeru beliau untuk menamatkan kempennya.
Penggubal undang-undang berkata, mereka khuatir beliau boleh merugikan mereka bukan sahaja White House tetapi juga peluang untuk mengawal mana-mana Dewan Kongres tahun depan.
Harris, 59, akan menjadi wanita kulit hitam pertama yang bertanding atas tiket parti utama dalam sejarah AS.
Tidak jelas sama ada anggota Demokrat kanan lain akan mencabar Harris untuk pencalonan parti atau sama ada parti itu sendiri akan memilih untuk membuka medan pencalonan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|