Mohd Supian (kiri) ketika beraksi di premis Malakat Mall. FOTO ihsan Facebook Mohd Supian
Cyberjaya: "Banyak memori tercipta di sini, dan sedih rasanya apabila mendapat berita premis pasar mesra Muslim Malakat Mall bakal menutup operasinya hujung bulan ini," kata badut yang juga Pengarah Urusan BMC Event dikenali sebagai Mohd Supian.
Itu antara luahan yang dikongsi di Facebooknya apabila mendapat tahu berita berkaitan penutupan Malakat Mall yang disiarkan di media baru-baru ini.
Menurutnya, dia bersama rakan-rakan daripada 'Team Badut Putrajaya' sering beraksi di lokasi berkenaan.
"Kepada Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, kami ucapkan terima kasih kerana banyak memberi ruang dan peluang untuk kami beraksi di sini.
"Selamat maju jaya kepada Mohd Fadzil dan Insya-Allah, boleh bangkit kembali," katanya.
Media Jumaat lalu melaporkan, selepas empat tahun beroperasi, Malakat Mall Cyberjaya akan menamatkan operasinya, 31 Julai ini.
Penutupan premis itu bertujuan memberi laluan kepada pasar mesra Muslim ini meneroka model perniagaan baharu, khususnya secara dalam talian.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
"Banyak memori tercipta di sini, dan sedih rasanya apabila mendapat berita premis pasar mesra Muslim Malakat Mall bakal menutup operasinya hujung bulan ini," kata badut yang juga Pengarah Urusan BMC Event dikenali sebagai Mohd Supian.