CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30612|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan sasar kurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion pada 2024, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 22-7-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan sasar kurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion pada 2024

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... 6-bilion-pada-2024/

Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM
22 Julai 2024, 3:40 pm


Anwar pada Majlis Perasmian Persidangan Cukai Nasional 2024, di KLCC, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion pada 2024 berbanding RM93 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran itu adalah hasil daripada langkah kerajaan yang mengurangkan defisit kepada 4.3 peratus tahun ini berbanding lima peratus dan 5.6 peratus pasa 2023 dan 2022.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, hutang negara pada 2021 dan 2022 adalah sebanyak RM100 bilion, tetapi dapat dikurangkan secara berperingkat pada tahun berikut.

“Justeru, pada tahun 2023 saya minta turunkan jumlah pinjaman sebanyak RM93 bilion dan dikurangkann lagi sebanyak RM86 bilion pada 2024.

“Kita berjaya kurangkan RM86 bilion berbanding RM100 bilion pada pentadbiran kerajaan lalu.

“Namun, kita perlu faham angka ini tidak boleh dikurangkan secara mendadak kerana kerajaan masih memerlukan agenda pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk meningkatkan kecekapan bagi memastikan kerajaan dapat memperoleh hasil yang lebih baik tahun ini.

“LHDN memainkan peranan besar untuk memastikan kelangsungan kewangan Malaysia pada masa hadapan.

“Malaysia berpotensi terjerumus ke dalam masalah kewangan yang besar kerana asas percukaian negara adalah sangat kecil dan sekiranya hasil yang dikutip juga rendah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan LHDN untuk mengambil langkah baharu bagi memenuhi keperluan semasa menerusi kecekapan perlu dipertingkatkan dengan pelbagai usaha seperti pendigitalan.

“Saya berharap LHDN dapat menambahkan hasil dari unjuran.

“Walaupun begitu, pastikan setiap sen dan ringgit yang dibayar tidak membebankan rakyat dan syarikat melebihi had yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035900 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list