View: 15118|Reply: 4
|
[Tempatan]
Keputusan STPM 2023:PNGK tertinggi dalam sejarah
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 23-7-2024 12:22 PM
PNGK STPM 2023 tertinggi dalam sejarah
Oleh Essa Abu Yamin - Julai 23, 2024 @ 11:58am
[email protected]
SELAYANG: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menunjukkan peningkatan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional kepada 2.84 berbanding 2.82 tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata secara keseluruhan PNGK nasional STPM 2023 meningkat 0.02 mata, sekali gus tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
"Seramai 1,116 calon atau 2.70 peratus calon mendapat PNGK 4.00. Bilangan calon yang meraih PNGK 4.00 ini menurun sebanyak 68 calon iaitu daripada 1,184 calon pada 2022 kepada 1,116 calon tahun lalu dengan 803 calon atau 71.95 peratus dari kategori B40.
"Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya didapati peratusan longgokan calon STPM 2023 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 10.10 peratus, PNGK 3.00 dan ke atas ialah 44.82 peratus.
"PNGK 2.75 dan ke atas ialah 58.79 peratus dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 90.08 peratus turut meningkat berbanding 2022," katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2023 di MPM di sini, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
STPM ni kebolehpercayaan tinggi daripada SPM kan? Hado guru2 Form 6 sini boleh sahkan statement aiol? |
|
|
|
|
|
|
|
STPM ni macam A Level, tapi rasanya STPM lebih susah sikit, sebab ada 1 subjek wajib, Pengajian Am. A Level pun tak wajibkan General Studies. Disebabkan 1 subjek wajib ni lah maka minimum subjek untuk STPM ialah 4, sedangkan minimum subjek untuk A Level cuma 3.
Rasa tertarik nak tengok berita pasal pelajar2 cemerlang STPM aliran SAINS pada kali ni....
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah Tahniah semua, semoga anak kaka pun mendapat keputusan yg cemerlang dlm stpm nanti..Amiin |
|
|
|
|
|
|
| |
|