View: 15908|Reply: 1
|
[Tempatan]
GPS bukan tuntut tapi berpegang pada MA63, kata Premier Sarawak Abang Johari
[Copy link]
|
|
GPS bukan tuntut tapi berpegang pada MA63 - Abang Johari
https://www.bharian.com.my/berit ... a-ma63-abang-johari
Oleh Mohd Roji Kawi - Julai 23, 2024 @ 12:23pm
[email protected]
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menolak dakwaan beberapa pihak bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menetapkan pelbagai tuntutan sebagai balasan kepada sokongan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
Abang Johari berkata, apa yang GPS mahu ialah sesiapa yang membentuk Kerajaan Persekutuan mengiktiraf hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri dalam penggal akan datang juga mesti mengakui hak Sarawak yang termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia
"Apa yang kita lakukan sekarang adalah berdasarkan hak kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan MA63.
"Kemudian timbul persepsi ini di Semenanjung yang mengatakan kami terlalu menuntut dan saya mahu bertanya balik, 'Adakah saya menuntut'? Saya tidak pernah menuntut. Saya ikut apa yang dimaksudkan dalam Perlembagaan dan MA63," katanya.
Beliau berkata demikian pada bual bicara podcast 'Keluar Sekejap', yang dihoskan bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, semalam.
Terdahulu, Khairy atau KJ bertanya sama ada GPS akan memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dengan meletakkan syarat.
Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan selepas GPS dibentuk pada 2018, kerajaan Sarawak tidak membuat sebarang tuntutan dengan Perdana Menteri ketika itu.
Katanya, beliau juga terus tidak membuat tuntutan hinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Persekutuan.
"Saya ingin menjelaskannya, kami tidak pernah menuntut. Awak nak saya, saya sokong awak. Saya tidak menuntut.
"Setakat ini, tiga Perdana Menteri, saya juga tidak pernah menuntut tetapi berkata hormati MA63.
"Mana-mana Perdana Menteri perlu mengiktiraf MA63 dan jika nanti, awak (Khairy dan Shahril) menjadi Perdana Menteri, perkara yang sama juga harus akui," katanya.
Justeru katanya, GPS bukan menuntut kerana ketika pembentukan Malaysia ia jelas terkandung dalam MA63, Perlembagaan Malaysia serta Laporan Antara Kerajaan (IGC).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak ramai yang faham significance MA63 tu.
Yang refused huntok acknowledge atau buat2 tak nampak, pun ramai.
Zets why weols bitter berpuluh puluh puluh puluh tahun.
Korang lak tau mengejek jah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|