View: 13742|Reply: 13
|
[Tempatan]
Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air. #5, 1.1 juta pengguna terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 23-7-2024 10:33 AM
Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air
https://www.freemalaysiatoday.co ... alami-gangguan-air/
FMT Reporters
23 Jul 2024, 02:57 PM
Air Selangor berkata, bantuan alternatif melalui lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas.
Tindakan henti tugas empat loji rawatan terpaksa dibuat susulan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
PETALING JAYA: Lebih 100 kawasan di tujuh wilayah di Selangor termasuk Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air hari ini akibat henti tugas sementara di empat loji rawatan air (LRA) di Sungai Selangor.
Air Selangor berkata, LRA Rantau Panjang; LRA Sungai Selangor Fasa 1; LRA Air Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
Menurutnya, tujuh wilayah yang terjejas adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.
“Air Selangor sedang berusaha untuk meminimumkan impak kepada pengguna.
Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini, katanya dalam kenyataan.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini semua platform media sosial Air Selangor atau hubungi talian 15300.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaii....boleh tak seret company2 yg tak aware benda2 camni dgn denda 10 juta hinggit + penjara 10 tahun ... |
|
|
|
|
|
|
|
Naya weiii. Ramai x de tadah air |
|
|
|
|
|
|
|
pencemaran bau apa tu weh
najis babi ker ?
naya xde air |
|
|
|
|
|
|
|
1.1 juta pengguna terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual
https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... ir-tidak-berjadual/
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
23 Julai 2024, 4:17 pm
Gambar hiasan.
SHAH ALAM – Dianggarkan 1.1 juta pengguna akaun di lebih 1,000 kawasan terjejas susulan henti tugas sementara membabitkan empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
Ini melibatkan LRA Rantau Panjang serta LRA, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (SPP1, SSP2 dan SPP3).
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan air tidak berjadual itu melibatkan tujuh wilayah Air Selangor iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
“Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna.
“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada yg terjejas ni selalu kutuk kelantan air teh tarik..
Benda ni dah selalu jadi n akan jadi masa akan datang elok la masing2 standby tangki tambahan kat umah..macam2 produk ada kat shopee jenis portable tank ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber air KL/Selangor ni berada dekat dengan lokasi2 yang boleh membawa masalah pencemaran sumber air. Pentingnya pendidikan sains kepada rakyat Malaysia agar menjaga sumber air dan jangan mencemarkannya. Tapi tu la kan, ramai yang tak ambil peduli pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap² air cepat ada. Kesian pd yg terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 23-7-2024 08:38 PM
Sumber air KL/Selangor ni berada dekat dengan lokasi2 yang boleh membawa masalah pencemaran sumber a ...
Kat Malaysia ni ramai yg jenis selfish |
|
|
|
|
|
|
|
mandi la ngan air mineral... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...byk tempat plak tu.
harap air kembali dgn cepat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|