View: 17176|Reply: 8
|
Saya sendiri nasihatkan mereka hentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat – Ustaz Don
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Terbuka menerima kritikan netizen, pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal tidak berkecil hati dengan tanggapan negatif yang diberikan kepadanya.
Jelas Don atau nama lengkapnya Don Daniyal Don Biyajid, 40, pengguna media sosial tidak mengetahui intipati sebenar tentang kemelut yang menimpanya sejak bulan lalu.
“Saya baca semua komen mereka di media sosial. Tidak mengapa kerana mereka tidak tahu.
“Dalam Islam juga ada berkata, pena diangkat (kategori) dalam tiga jenis orang iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat, orang yang tidur sampai terjaga.
“Dalam kata lain, mereka tidak tahu situasi yang terjadi jadi tidak mengapa,” katanya ketika ditemui di Majlis menandatangani kerjasama Hive Deal bersama Agami Group di Shah Alam pada hari ini.
Don turut berharap agar masyarakat boleh membuat pertimbangan sewajarnya dengan menyelidik maklumat sebelum memberi tafsiran tanpa usul periksa.
“Dalam hidup, ada sesetengah perkara yang perlu kita lakukan perbandingan. Saya menyeru semua orang membuat perbandingan dengan akal fikiran waras dan cerdas.
“Ketika anda mencari maklumat tentang saya, carilah juga maklumat tentang pihak lain,” jelasnya.
Mengulas mengenai penglibatannya yang dihentikan dalam beberapa program, Don memberitahu keputusan yang diambil oleh dirinya sendiri demi menjaga kepentingan semua pihak.
“Semua yang bekerjasama dengan saya adalah orang yang berakhlak. Salah satu ciri akhlak yang baik ialah mentaati pemimpin. Jadi, apabila mereka mendapat arahan, mereka hanya ikut.
“Malah sebenarnya, saya sendiri yang menasihati mereka untuk menghentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat,” katanya.
Don juga menganggap semua yang terjadi sebagai ujian dan bersyukur kerana masih mendapat sokongan keluarga dan rakan terdekat.
“Alhamdulillah saya anggap ini adalah peluang untuk merancang dan mengatur semula pekerjaan saya. Saya ada sokongan keluarga, rakan-rakan.
“Semua perkara dalam hidup adalah ujian, ini bukan hukuman sepanjang hayat,” tambahnya.
Sementara itu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan diadakan pada esok bagi memutuskan beberapa aduan termasuk isu Don dan beberapa pendakwah bertauliah negeri Selangor.
Pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan Don di seluruh Selangor ditangguhkan.
Pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memberikan ceramah dan kuliah agama di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor.
Notis yang dikeluarkan itu juga memberitahu Don tidak boleh meneruskan program atau kuliah sama ada sebuah mendapat persetujuan atau masih dalam perancangan.
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
"We need to rest you, sorry." |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang mintak hentikan kolab tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak juga statement bela diri ek. |
|
|
|
|
|
|
|
setazah kentot faraj tak komen ape2? |
|
|
|
|
|
|
|
manop replied at 25-7-2024 07:26 AM
setazah kentot faraj tak komen ape2?
Dia akan pilih komen2 yg tertentu
Yg boleh buatkan dia famous |
|
|
|
|
|
|
|
DONgeng apa pulak kali ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|