View: 16516|Reply: 3
|
Bapa buang rantai berlian RM27,000 dalam tong sampah
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Seorang lelaki di Chennai secara tidak sengaja membuang seutas rantai berlian berharga 500,000 rupee (RM27,905) ke dalam tong sampah, lapor portal berita The Hindustan Times semalam.
Lelaki dikenali sebagai Devaraj itu menerima hadiah rantai berlian daripada ibunya sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Devaraj.
Sejurus menyedari dia telah membuang rantai itu, Devaraj segera menghubungi pihak berkuasa.
Selepas pencarian bersungguh-sungguh dilakukan oleh pekerja pembersihan, rantai berlian itu akhirnya berjaya ditemukan, lapor akhbar India Today.
Pemandu syarikat pengurusan sisa Urbaser Sumeet yang mendapat kontrak pengurusan sampah di lokasi kejadian, J. Anthonysamy telah mengetuai pencarian tersebut.
Rantai berlian itu ditemukan tersangkut pada kalungan bunga di dalam tong sampah. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
kaya amat sampai tak perasan terbuang... bukan berat / besar juga ke.. awat tak perasan... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah ....
Amik mudah pemberian mak.....
Bila tau mahal, kelam kabut cari....
Tu namanya tak respect mak |
|
|
|
|
|
|
| |
|