CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19391|Reply: 9

[Tempatan] Mural penyu gergasi sepanjang 20 meter jadi tarikan

[Copy link]
Post time 24-7-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Mural penyu gergasi sepanjang 20 meter jadi tarikan
Oleh Asrol Awang - Julai 24, 2024 @ 9:33am
[email protected]


Pengunjung melihat mural penyu gergasi sepanjang 20 meter yang menjadi tarikan baharu di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan. - Foto NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR


KUANTAN: Empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung, di sini tidak menyangka kemunculan haiwan itu menjadi daya tarikan baharu di pantai berkenaan.

Dikenali sebagai 'Project ZeroSix', projek mural diketuai Amir Faruk, 34, Kamal Idris, 33, Azri Azahar, 35, dan Muhd Ikmal Manan, 29, itu mengambil tempoh selama lima hari untuk disiapkan.

"Pada awalnya, kami tidak menyangka mural ini mendapat perhatian sehingga tular di media sosial selepas ia siap sepenuhnya pada 16 Julai lalu.

"Namun, segala penat lelah itu berbaloi apabila mendapat liputan meluas tidak sampai sebulan hingga pantai Tanjung Pelindung kini menjadi destinasi pilihan pengunjung setiap hari, terutama pada waktu petang.


"Pengunjung bukan saja dari sekitar Kuantan, malah Terengganu dan Kelantan yang turut sama tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan 'penyu gergasi' ini dengan lebih dekat," kata Amir.

Beliau berkata, sebenarnya idea asal daripada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Datuk Hamdan Hussin itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Tourism Pahang.

Katanya, sokongan itu berjaya merealisasikan batu sepanjang 20 meter dan tinggi 10 meter itu digambarkan sebagai seekor penyu yang seakan terdampar.

"Kami difahamkan, Pantai Tanjung Pelindung ini antara destinasi persinggahan penyu sekitar tahun 1980 dan 1990-an dalam kalangan penduduk sekitar.

"Dengan adanya penyu ini di sini, kami percaya ia akan menjadi daya tarikan pelancongan baharu di Kuantan.

Namun, kami mengharapkan pengunjung dapat menjaga kebersihan iaitu tidak membuang sampah di pantai ini," katanya.

Terdahulu, tidak sampai tempoh sebulan di media sosial sejak minggu lalu, menyaksikan kemunculan 'penyu gergasi' berkenaan menjadi tarikan hingga dikunjungi orang ramai.

Rata-rata pengunjung memuji kreativiti pelukis mural yang dilihat berjaya mengubah batu yang terdapat di pantai itu menjadi seekor penyu gergasi, sekali gus menarik orang ramai berkunjung ke pantai itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok kreatif.

Di Koh Samui ada rock formation menyerupai alat sulit lelaki dan perempuan. Jangan bagi idea kat diorang pula.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 12:04 PM | Show all posts
cantikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu sebulan 2 nnt.
Besa tgn² gatal xleh tahan tgk menda gini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:31 PM | Show all posts
Are you tired of overcrowded tourist spots and looking for unique places to explore? If yes, you're in for a treat! Discover hidden gems that offer breathtaking landscapes, cultural experiences, and unforgettable adventures.

https://connectgalaxy.com/read-b ... ons-to-explore.html
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:54 PM | Show all posts
Mural kura-kura mahawangsa .....karya besar anak bangsa melayu mahawangsa .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Unik. Dapat berimaginasi seekor penyu pada batu, kemudian ada bakat melukis merealisasikan imaginasi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 04:00 PM | Show all posts
syantekk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 04:25 PM | Show all posts
berupa la jugak

nice2

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noice. buleh le jalan2 nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047059 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list