CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21605|Reply: 1

[Tempatan] Ringgit diunjur mengukuh ke paras RM4.60 sedolar AS akhir 2024 - Maybank IB

[Copy link]
Post time 24-7-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Ringgit diunjur mengukuh ke paras RM4.60 sedolar AS akhir 2024 - Maybank IB
Oleh BERNAMA - Julai 24, 2024 @ 10:49am


Usaha bank pusat bagi menstabilkan ringgit sedang dijalankan -NSTP/MIKAIL ONG


KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit diunjur mengukuh pada paras RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Ketua Ahli Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias, berkata unjuran pengukuhan ringgit itu adalah susulan kepada potensi pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedahnya manakala Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Beliau berkata, Fed dijangka melakukan langkah itu seawal September ini dengan kemungkinan tiga penurunan kadar diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada September, November dan Disember yang berjumlah 75 mata asas.

"Bersandarkan (unjuran) harga pasaran niaga hadapan tahun depan, terdapat 100 mata asas lagi dalam penurunan kadar itu. Pada masa sama, kami juga menjangkakan BNM mengekalkan OPR pada paras semasa dan dinamik kadar faedah kedua-dua bank pusat ini sepatutnya memberi sokongan kepada ringgit.


"Oleh itu, kami menjangkakan ringgit mengakhiri tahun ini pada paras 4.60 berbanding dolar AS," katanya pada sesi webinar.

Suhaimi juga berpendapat faktor lain seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar yang positif, kestabilan politik, dasar jelas, pelaburan diluluskan yang kukuh serta intervensi BNM akan turut membantu menstabilkan ringgit.

"Ringgit misalnya diniagakan di bawah 4.70 berbanding dolar AS selama sekurang-kurangnya dua minggu dan kami percaya usaha bank pusat bagi menstabilkan ringgit dan membina semula rizab luaran melalui langkah-langkah membawa pulang ringgit dan pertukaran mata wang asing, sedang dijalankan.

"Jika dilihat pada suku pertama tahun ini, lebihan akaun semasa bertambah baik berbanding suku keempat tahun lepas dengan sebahagian besarnya didorong oleh aliran masuk pendapatan pelaburan yang lebih tinggi," katanya.

Suhaimi berkata, peningkatan lebihan akaun semasa itu juga menunjukkan korporat Malaysia memberi respons positif terhadap usaha kerajaan dalam menggalakkan mekanisme membawa pulang ringgit serta pertukaran mata wang asing berkenaan.

Pada 29 Februari 2024, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan Dewan Rakyat usaha penyelarasan antara Kementerian Kewangan dan BNM serta usaha bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC), akan membantu meningkatkan aliran masuk ke pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan FX Maybank, Saktiandi Supaat, pula menjangkakan dolar AS mengukuh kira-kira satu hingga dua peratus bagi tempoh semasa hingga awal November depan.

"Bagi tempoh pasca pilihan raya (Presiden AS) atau ketika berlangsungnya proses itu, saya percaya kebimbangan mengenai perang perdagangan antara AS dan China akan memberi kesan ketara terhadap kekukuhan dolar.

"Fenomena itu telah kami lihat pada 2018 apabila dolar AS menjadi lebih kukuh berbanding mata wang Asia dan yen Jepun," katanya.

Ketua Penyelidikan Ekuiti IB Maybank, Wong Chew Hann pula berkata, separuh pertama 2024 menyaksikan ekuiti Malaysia mempamerkan prestasi baik susulan penyusunan semula ekonomi dan pembaharuan fiskal, terutama membabitkan dasar Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Tempoh enam bulan pertama 2024 turut memaparkan prestasi indeks utama Bursa Malaysia FBM KLCI mencatat paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun selepas menyaksikan penurunan selama tiga tahun (+9.3 peratus pada separuh pertama 2024); turun naik aliran dana asing yang lebih tinggi (aliran keluar RM830 juta pada separuh pertama 2024) dan momentum positif yang memacu pendapatan.

"Bagi unjuran separuh kedua 2024, tumpuan utama adalah rasionalisasi subsidi bahan api, terutama RON95 dan perjanjian berkaitan JS-SEZ dijangka pada September.

"Berikutan itu, kami kekal optimis dan mengekalkan sasaran FBM KLCI akhir tahun ini pada paras 1,680, dan ini turut membayangkan nisbah harga kepada pendapatan sebanyak 15 kali untuk tempoh 12 bulan seterusnya," katanya.

Chew Hann bagaimanapun turut berkongsi risiko utama terhadap unjuran Maybank IB mengenai ekuiti adalah pilihan raya Presiden AS, kadar faedah AS yang lebih tinggi bagi tempoh lebih lama serta ketegangan Russia-Ukraine dan Asia Barat yang kian meruncing.

Di Malaysia, langkah kerajaan yang fokus dalam melaksanakan pembaharuan, sebaliknya akan menjadi faktor sokongan utama, katanya.

-BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 07:58 PM | Show all posts
Syukur Msia masih aman..gitchewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038741 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list