CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22017|Reply: 9

[Tempatan] Dah bayar RM200,000, perlu lebih RM94,153 lagi

[Copy link]
Post time 24-7-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Dah bayar RM200,000, perlu lebih RM94,153 lagi
Oleh Mohd Rafi Mamat - Julai 24, 2024 @ 9:52am
[email protected]


Nora bersama Azhar yang memerlukan bantuan lebih RM94,153 untuk membayar baki kos rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Korea Selatan. - Foto NSTP/MOHD RAFI MAMAT


KUANTAN: "Kami adik-beradik sepakat memutuskan untuk menjual tanah, kereta dan barangan emas arwah mak bagi menyediakan baki bayaran rawatan adik (Azhar Mohamad) lebih RM94,153 yang perlu dijelaskan kepada Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Korea Selatan," kata Nora Mohamad, 46.

Beliau berkata, walaupun terlalu berat hati untuk menjual sedikit harta yang ada, namun kerana hutang ia tetap perlu dilakukan.

Katanya, selain bimbang tindakan undang-undang yang bakal diterima, ajaran Islam sendiri mewajibkan hutang perlu dibayar.

"Pada Mei lalu saya sudah mengemukan surat rayuan memohon pengurangan bayaran rawatan yang dikenakan terhadap Azhar, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripada pihak Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk diterima.


"Saya adik-beradik kini buntu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang sebanyak RM94,153 dan jalan yang ada hanya dengan cara menjual sebahagian harta yang ada walaupun terlalu berat hati berbuat demikian.

"Kami terpaksa berkorban apa saja selepas usaha mengumpul wang sejak beberapa tahun lalu termasuk memohon bantuan daripada pihak berkaitan masih lagi tidak berhasil," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kos keseluruhan perubatan berjumlah RM280,000 dan sebanyak RM200,000 dilunaskan oleh ahli keluarga melalui dana sendiri dan sumbangan orang ramai sebelum ini.

"Sepatutnya, baki cuma kira-kira RM25,000, namun disebabkan kadar pertukaran mata wang Korea Selatan terlalu tinggi, ia menyebabkan baki bayaran kini yang perlu dibayar meningkat kepada lebih RM94,153.

"Kami sekeluarga bukan tidak berusaha untuk membayar baki bayaran perubatan Azhar, tetapi disebabkan pertukaran mata wang Korea Selatan yang begitu tinggi menyebabkan baki bayaran terus meningkat dan terlalu membebankan.

"Saya dan adik-beradik lain kini buntu memikirkan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membayar baki kos perubatan, semakin lambat membayarnya semakin bertambah baki bayaran yang perlu dilunaskan," katanya.

Dia sekeluarga bimbang tindakan undang-undang diambil pihak hospital kerana gagal menyelesaikan kos perubatan mengikut tarikh ditetapkan iaitu pada Oktober tahun lalu.

Nora berkata, dengan baki bayaran lebih RM94,153 itu, agak mustahil dia dan ahli keluarga dapat menyediakan jumlah berkenaan memandangkan mereka bukan daripada keluarga berada.

"Menjual sebahagian harta yang ada jalan terakhir terpaksa kami dilakukan. Tahun lalu saya ada membuat permohonan bantuan daripada pejabat Menteri Besar Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan yang sedang dihadapi, namun sehingga kini tiada jawapan.

"Azhar kini masih menerima rawatan secara berjadual di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Walaupun keadaanya semakin baik, namun dia masih sering demam dan diserang sawan," katanya.

Media sebelum ini menyiarkan kisah Azhar, 39, yang berkerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Jincheon, Korea Selatan, ditemukan rakan dalam keadaan separa sedar di rumah sewanya di negara itu, selepas diserang angin ahmar pada 31 Ogos 2021.

Selepas rawatan di negara itu, Azhar kemudian dibawa pulang ke Malaysia susulan bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 12:33 PM | Show all posts
berapa agaknya klu nak ambil insuran kesihatan klu pergi luar negara? kena beringat supaya x jadi mangsa keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita2 begini wajar sangat di war2 kan. Ramai boleh ambil pengajaran. Ko sanggup merantau macam indon dan bangla, make sure kental pun macam indon dan bangla.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 12:48 PM | Show all posts
tak cuba minta bantuan dgn yb kawasan ke..kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer mintak bantuan ihsan ngn sotan jagong baru
Dgr² reta doploh keturunan xabeh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 24-7-2024 12:33 PM
berapa agaknya klu nak ambil insuran kesihatan klu pergi luar negara? kena beringat supaya x jadi ma ...

Medical card mostly cover je cuma kena pay n claim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-7-2024 04:33 AM
Cerita2 begini wajar sangat di war2 kan. Ramai boleh ambil pengajaran. Ko sanggup merantau macam ind ...

Org malaysia ni apa pun tak boleh.
Keje kat negara sendiri isu gaji
Keje kat negara org sakit pulak.
Umur 39 kena angin ahmar really something
Not right.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 04:22 PM | Show all posts
Beliau berkata, walaupun terlalu berat hati untuk menjual sedikit harta yang ada, namun kerana hutang ia tetap perlu dilakukan.


bagus la kakak ni, x lari dari utang..klu org xde tanggungjawab, dh smpi malaysia harus dibolayankan jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 04:30 PM | Show all posts
dia ni iols speku kerja haram kat sano. tu yang kalau amik travel insurance pon tak laku. kalau keja berpermit mesti kena bayar insurans tahunan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 04:34 PM | Show all posts
camne ko bleh terfikir nk keje kt SK yg toxic tu? sedangkan robot keje kat sana pun boleh bunuh diri

https://timesofindia.indiatimes. ... eshow/111517391.cms
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062768 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list