|
Pasport Malaysia ke-12 paling berkuasa di dunia
https://www.bharian.com.my/berit ... g-berkuasa-di-dunia
Oleh Essa Abu Yamin - Julai 24, 2024 @ 12:27pm
[email protected]
- Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pasport Malaysia menduduki tempat ke-12 dalam indeks pasport global terkini, menurun satu tempat berbanding kedudukan ke-11 tahun lalu.
Menurut laporan Indeks Pasport Henley 2024 yang menilai 199 pasport dan 227 destinasi perjalanan itu, Malaysia berkongsi kedudukan ke-12 dalam ranking pasport global bersama Cyprus dan Liechtenstein.
Untuk rekod, pada permulaan 2023, Malaysia menduduki tempat ke-14 pasport paling berkuasa di dunia dengan skor 179.
Pemegang pasport Malaysia dapat melancong tanpa visa ke 182 dari 227 destinasi di seluruh dunia.
Sebelum ini, kedudukan tertinggi pasport Malaysia adalah tempat kelapan pada 2014.
Dalam pada itu, Singapura mengekalkan kedudukan teratas dalam indeks berkenaan, membolehkan warganya melancong tanpa visa ke 195 destinasi lantas dinobat pasport paling berkuasa di dunia.
Indeks berkenaan berdasarkan data komprehensif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan mencerminkan landskap global semasa perjalanan tanpa visa.
Thailand dan Indonesia masing-masing berada pada tempat ke-60 dan ke-65, manakala Brunei menduduki tempat ke-19.
Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar masing-masing menduduki tempat ke-73, ke-86, ke-88, ke-90 dan ke-92 dalam ranking terbabit.
Jepun yang sebelum ini menduduki tempat teratas kini berada di tempat kedua bersama Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol.
Lima negara berkenaan memberikan akses tanpa visa kepada warganya ke 192 destinasi.
Pemegang pasport Malaysia dapat menikmati kemudahan masuk tanpa visa ke destinasi terkenal termasuk United Kingdom (UK), Jepun, Itali, Qatar, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|