CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41751|Reply: 5

[Tempatan] Kerajaan bantah cubaan pempengaruh Bersatu batalkan sekatan TikTok

[Copy link]
Post time 24-7-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode
K'jaan bantah cubaan pempengaruh Bersatu batalkan sekatan TikTok

https://m.malaysiakini.com/news/712987

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Jul 24, 2024 3:59 PM
Dikemaskini: 4:33 PM



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan kerajaan membantah permohonan pempengaruh Bersatu supaya sekatan ke atas dua akaun TikTok miliknya ditarik balik.

Ketua penerangan Pemuda Bersatu (Armada) bahagian Jasin, Na’im Brundage memohon untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap sekatan itu.

Peguam Zaid Malek yang mewakilinya mengesahkan bahawa bantahan itu tertumpu kepada dakwaan bahawa tindakan mahkamah itu "tidak cekap” dan “meyasarkan pihak yang salah”.

Antara lima responden yang menjadi sasaran permohonannya ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Fahmi dan kerajaan persekutuan.

"Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 28 Okt ini untuk mendengar bantahan responden," kata Zaid ketika dihubungi.

Menerusi tindakan yang difailkan pada 24 Jun lalu, Na'im mendakwa dua akaun TikTok miliknya disekat tiga bulan sebelum itu.

Katanya, selepas menghantar e-mel kepada MCMC dan Fahmi pada 28 Mac, dia mendapat jawapan yang menunjukkan pengakuan bahawa pengawal selia itu sememangnya menyekat akaun TikTok tersebut.

Na’im mendakwa tindakan itu mencabul hak asasinya untuk bersuara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 10:41 PM | Show all posts
kebelakangan ni aku dok tengok konten naim ni


kipidap and dongibab.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 24-7-2024 10:41 PM
kebelakangan ni aku dok tengok konten naim ni



SBB kendu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah wah wah mana boleh macam tu sissy. Atas sebab apa sekatan itteww dilakukan sissy? Penyebaran ‘berita palsu’ sisthuurr? Ini dah menyekat kebebasan bersuara sissy!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:01 AM | Show all posts
Penting ke? Setakat jadi balaci politik baik ko lepak madrasah je ....maju besama Isley...gitchuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 25-7-2024 09:01 AM
Penting ke? Setakat jadi balaci politik baik ko lepak madrasah je ....maju besama Isley...gitchuuu

Point2 heols bagi kat bideo akak boleh katakan 80% bernas yach sissy. Balaci atau tak balaci tolak ke tepi sebentar agayyyyychew sissy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048779 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list