CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37766|Reply: 15

[Tempatan] 104 pendatang haram indon dihantar pulang ke negara asal

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:09 PM | Show all posts |Read mode
104 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... ang-ke-negara-asal/

Oleh IVAN AMIRUL
24 Julai 2024, 8:08 pm


TAWAU - Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal semalam.

TAWAU – Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal semalam.

Semua PATI terbabit dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan membabitkan seramai 78 lelaki dan 21 wanita itu dijalankan dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang lima kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun kebawah.

“Ini adalah program pemindahan siri ke-12 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Feri Francis Express.

“Semua PATI berusia lingkungan dua hingga 55 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjuta2 lagi duk ada ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:18 AM | Show all posts
104? kahkah ada berjuta lg yg takde permit masih menyemak kat sini siap beranak pinak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:08 PM | Show all posts
Balik kampung free - kos dibiayai kerajaan malaysia ke? Boleh rehat-rehat cuti-cuti.

Bulan depan kok datang lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik ke Tanah Bugis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik kampung jadi youtuber buruk2 kan Malaysia.

Mesti ramai viewers.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
patut sebelum balik tu kena cuci semua tandas ke bersihkan sungai ke kutip sampah selama sebulan. lepas tu bagi sebatan 2 kali. masukkan cip dalam badan. then baru hantar balik.

bila kena tangkap lagi (detect guna cip), double denda.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka ni apasal tak cari kerja yg ibu negara baru tu
Mesti sana bnyk kerja kosong.
Dah alang2 pioneer tu teroka la tanah kat negara sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 05:02 PM | Show all posts
yang berjuta juta jadi penduduk tetap tiberr kat sini macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya ke tu yg duduk tepi plastik biru
kesian dehh lho
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kat semenanjung ada belambak lagi ni bila nak kutipnye
siap belagak lagi kat TT bgtu dah dok sini 14 taun kosong
aman2 je mengumpul harta pastu bangga meludah ditempat cari rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:13 PM | Show all posts
Benda ni tak habis… hantar balik pastu datang balik.  Kita mesti nak kenakan tindakan pada local yang bersekongkol, bagi pekerjaan, bagi sewa rumah etc.  Yang jilake nya depa2 ni mcm bangla, rohingya ni siap buka business pastu gula, beras & minyak peket siap dia boleh simpan utk jual kat bangsa dia, padahal subsidized untuk citizen.. locals yang bersekongkol memang haram jadah punya jenis..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebat la sekali confirm insaf tak nk dtg dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Diarg ni balik sapa tanggung ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:04 AM | Show all posts
@nusaraya tak nak volunteer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sbnrnya gomen diorang x sudi pun nak kutip diorang ni balik

yang rugi Malaysia sbnrnya
kena tampung diorang kat depo tahanan

ramai gak yang beli tiket sendiri untuk process penghantaran balik

….

tapi yindon apa kesahhh dikk
janji ada kereta cepattt yang rugi miliaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.044103 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list