CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38195|Reply: 15

[Tempatan] Kedah kumpul 20,000 dokumen asal sejarah hubungan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Kedah kumpul 20,000 dokumen asal sejarah hubungan Pulau Pinang

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... ungan-pulau-pinang/

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
24 Julai 2024, 8:10 pm


Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan pasukan penyelidiknya mempunyai 20,000 dokumen asal dari luar negara yang menjelaskan sejarah hubungan Kedah dan Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan menggunakan hasil kajian tersebut untuk menentukan hala tuju baharu dalam hubungan antara dua negeri ini bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk tuntutan pajakan dan pampasan bekalan air.

Katanya, kerajaan negeri juga akan membentang dan mengumumkan dapatan kajian tersebut selewat-lewatnya Disember ini.

“Saya memperoleh banyak dokumen dan difahamkan 20,000 dokumen sejarah. Kebanyakannya tentang laporan daripada negeri-negeri Selat kepada kerajaan British pada masa itu.

“Saya pun sudah teliti sikit dokumen-dokumen yang berkaitan yang ada di British Library dan British National Archive yang akan menjadi sebahagian daripada rujukan kepada kajian-kajian sedang dilakukan oleh negeri Kedah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kumpulan penyelidik melakukan kajian ini bukan hanya untuk membolehkan tuntutan dibuat ke atas Pulau Pinang, sebaliknya ia juga dilaksanakan demi menjelaskan hubungan antara dua negeri.

“Bukan semberono tetapi berdasarkan fakta dan dokumen sejarah yang ada di sini (iaitu) di British Library dan British National Archive. Kebanyakannya adalah laporan pentadbiran negeri-negeri Selat dan ketika itu dihantar kepada House of Common dan Straits Settlement Office di London,” katanya.

Beliau berkata, dapatan kajian pasukan pengkaji terdiri daripada sejarawan dan pakar perundangan diharapkan dapat mengemukakan secara berfakta ilmiah berdasarkan hakikat sebenar kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 09:26 PM | Show all posts
lobai lobai...cuba la majukan negeri sendiri daripada berhujat pasal klaim mengklaim. cuba la cakap pasal polisi .dasar utk majukan rakyat..petani2 dibawah ko tu. tak habis2 mainkan naratif lapok woi.. nak menang pru 16 ubah la mentaliti...borink dah la wei,
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi kedah kne pulang balik kat siam k? sabah pulang balik ke Filipina?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:15 PM | Show all posts
Bendera Malaysia kena buang satu jalur la nanti sebab Kedah dah masuk dalam Pulau Pinang?

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berebut dengan negara lain tu ok,
Ni berebut dlm negara sendiri.buang duit dan masa je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by otai_g at 24-7-2024 10:37 PM

X abeh2 nak claim Penang. Kalo nak ikut sejarah btl buang je la perdana menteri sbb kalo ikut sejarah asal yg memerintah kerajaan adalah raja Dan kerabat2nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 24-7-2024 09:40 PM
jadi kedah kne pulang balik kat siam k? sabah pulang balik ke Filipina?

Syok nye jika Siam tarik balik Kedoh sissy. Boleh la puak mat2 rempit, taik ketom, taik poligami, taik penonggeng ummah pergi ber happy ending. Maka nekmat tuhanmu yang mana kamu telah dostakan kan sissy!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Urus jelah negeri kau GNI per kapita miskin tu tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 08:19 AM | Show all posts
tak cukup lagi ka tarah nadir bumi ??



Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:22 AM | Show all posts
pergi tuntut pulau pinang, nanti tukar nama georgetown kepada tanjung penaga...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:49 AM | Show all posts
Time ni la baru sibuk nak kesah pasal sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 25-7-2024 08:19 AM
tak cukup lagi ka tarah nadir bumi ??

Nak tarah nasi kandar pula
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-7-2024 10:15 PM
Bendera Malaysia kena buang satu jalur la nanti sebab Kedah dah masuk dalam Pulau Pinang?

Jadi bendera USA la....acik suker belang bawah sekali kaler merah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 12:08 PM | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 24-7-2024 11:32 PM
Syok nye jika Siam tarik balik Kedoh sissy. Boleh la puak mat2 rempit, taik ketom, taik poligami,  ...

betol gak.... dekat skit nak masok siam
sblom ni danok.... la ni dah dekat KULIM ka SG PETANI ka.....dah jadi sima dekat skit tak yag trus ke bukit kayu hitam

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:37 PM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 25-7-2024 08:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la pengundi yg mengundi makhluk ni jadi MB hampa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046099 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list