CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30251|Reply: 9

Pencemaran LRA sampai 7 buah daerah terputus bekalan air : 2 individu ditahan bantu sisatan

[Copy link]
Post time 25-7-2024 08:01 AM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan dua individu bagi membantu siasatan insiden pencemaran bau dan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1), SSP2 dan SSP3, semalam.


Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, penahanan dua individu itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024).


Katanya, JAS telah menjalankan siasatan ke sebuah premis yang disyaki memproses bahan acrylic di Kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, Rawang, Selangor.


“Hasil pemeriksaan mendapati punca pencemaran bau adalah akibat kebocoran bahan kimia dikenali sebagai Poly Metha Acrylic Acid (PMAA) daripada tangki penstoran yang merupakan produk yang dihasilkan oleh premis tersebut berbentuk cecair.


“Tumpahan produk tersebut akhirnya melimpah ke longkang premis bersebelahan sehingga ke longkang jalan besar dan seterusnya ke Sungai Kuang,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, aliran Sungai Kuang akan memasuki Sungai Kundang kemudiannya ke Sungai Sembah dan seterusnya memasuki Sungai Selangor.




“Kebocoran bahan kimia tersebut telah menyebabkan pelepasan bau kerana ciri-ciri bahan kimia PMAA yang berbau kuat dan tengit.


“Arahan serta merta telah dikeluarkan oleh pihak JAS kepada pengusaha premis untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dalam premis, kawasan longkang dan anak sungai yang terkesan dan kerja-kerja tersebut telah selesai pada petang semalam oleh kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan.


“Sebanyak tiga sampel bahan bukti turut diambil dan sudah dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian penentuan komposisi dan pemadanan,” ujarnya.


Wan Abdul Latiff berkata, kawasan operasi premis beserta peralatan kelengkapan proses telah disita oleh pihaknya melalui pengeluaran notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di Bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga siasatan selesai.




Sumber: Kosmo Online






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 08:34 AM | Show all posts
setakat kompaun buat apa...jail setahun ..lemah betul..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:47 AM | Show all posts
KAMBING HITAM DITEMUI.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:50 AM | Show all posts
sampai kiamat la benda ni berlaku setakat kompaun...

benda ni efek banyak kot, air tu kena ikan, haiwan akuatik & haiwan2 lain yg minum...pastu manusia lak makan ikan dari sungai air tercemar tu..

sebab tu banyak penyakit sekarang, kanser la apa...

takleh nk cakap apa la sebab pesalah2 ni selalu ada jer cara nak ngelak dari kena hukuman berat..setakat bayar sikit2 tu celah gigi je
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa penguatkuasaan lemah sgt kt mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
biar gambar berbicara..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
wa apa takut..kompaun???Wa boleh bayar maaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya... x hargai langsung sungai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Takat kompaun tak jd apa le dkt diarg ni. Cer gantung lesen jgn bagi beroperasi sbln dua selain kompaun tu dgn wajibkan gaji staff dibayar penuh tgk mcm mn pula. Nak insaf ke nak buat lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:05 PM | Show all posts
Acara bulanan di negeri terpaling maju di Malaysia yang mencemuh negeri Kelantan air paip Teh Beng

Negeri mesra kilang haram dan kilang halal di pinggir sungai la katakan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.325698 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list