CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34844|Reply: 9

[Tempatan] 2 pelajar Universiti Seoul lemas ketika mandi air terjun

[Copy link]
Post time 25-7-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode
2 pelajar Universiti Seoul lemas ketika mandi air terjun
Rosli Ilham
[email protected]


Mayat Muhammad Danial Danish Kamal yang ditemui lemas dibawa orang kampung dan pasukan penyelamat ke daratan. FOTO Rosli Ilham


Dungun: Dua penuntut universiti ditemukan lemas ketika mandi bersama lima rakan mereka di kawasan air terjun Lubuk Kain, Hulu Dungun di sini hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa, Muhammad Danial Danish Kamal dan Nor Mukhriz Noor Mohamad masing-masing berusia 20 tahun ditemukan penduduk Kampung kira-kira jam 1.45 petang.

Muhammad Danial Danish beralamat di Taman Astana View, Kuantan manakala Nor Mukhriz dari Perumahan Guru, Felda Bukit Kuantan.

Kedua-dua mangsa adalah penuntut University of Seoul, Korea dan dikatakan sudah dua minggu pulang bercuti ke rumah mereka di Kuantan.


Rakan mangsa, Mohd Azim Azad, 20, berkata, dia bersama dua mangsa dan empat lagi rakan pergi berkelah sambil mandi di kawasan air terjun berkenaan.

Katanya, mereka bertolak dari Kuantan kira-kira jam 8 pagi dan mula mandi di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 petang.

"Ketika mandi, kami bertiga dihanyutkan arus kuat dan mereka sempat pegang tangan saya namun keadaan arus yang kuat menyebabkan kedua-duanya terlepas daripada pegangan," katanya.

Katanya, dua rakannya itu tenggelam ke dasar namun dia bernasib baik apabila sempat mencapai pelampung yang dilempar seorang penduduk.

"Saya bersyukur terselamat dalam kejadian itu namun saya sedih kerana gagal menyelamatkan dua rakan saya itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa ditemukan penduduk kampung yang turut membantu operasi pencarian pada kedalaman kira-kira 10 meter dari permukaan air tidak jauh dari lokasi mereka dilaporkan lemas.

"Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut

"Keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan berhubung dengan kejadian itu dan sudah berada di Unit Forensik Hospital Dungun," katanya.

Dalam kejadian 12 Mei tahun lalu, dua pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) ditemui lemas ketika mandi di tempat yang sama kira-kira jam 12.15 tengah hari.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 01:12 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 01:16 PM | Show all posts
sis @fattymah

anak sis kenal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 bijak ni .
Kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tempat ni tiap2 tahun masuk berita..ada tali n papan tanda amaran pun ada je org terjun lubuk paling dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 03:51 PM | Show all posts
Innalillah, takziah untuk keluarga.. budak bijak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnyaaa
inalillah..
nsb jd kt malaysia..kalau kt korea jenuh pulak nk kena kutip derma bwk ballik jenazah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak ah kedalaman 10 meter.
2m pun aku dah nak terkencing2 dlm pool masa swim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainnailaihirojiun. Mge syurga utk ko dik. mti lemas ni kira syahid jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049057 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list