CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17009|Reply: 3

[Tempatan] RM250,000 wang peninggalan suami lesap ditipu 'inspektor' polis

[Copy link]
Post time 26-7-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
KES

RM250,000 wang peninggalan suami lesap ditipu 'inspektor' polis

Julai 26, 2024 @ 3:08pm

Oleh Alias Abd Rani
[email protected]



Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz. Foto NSTP/ Alias Abd Rani


MUAR: Seorang wanita warga emas berputih mata apabila wang simpanan peninggalan suami berjumlah hampir RM250,000 lesap selepas diperdaya sindiket menyamar pegawai polis.

Wanita berusia 64 tahun yang juga suri rumah menerima panggilan lelaki mendakwa dia terbabit dalam kegiatan haram di sebuah bandar di utara Semenanjung.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek memperkenalkan diri sebagai wakil Jabatan Komunikasi Digital Putrajaya kepada mangsa.

Beliau berkata, suspek memberitahu nombor telefon mangsa terjebak dalam pelbagai kegiatan melanggar undang-undang.

"Siasatan polis mendapati panggilan itu dibuat pada 20 Julai lalu yang kemudiannya disambung kepada seorang individu yang memperkenalkan diri 'Inspektor'.

"Suspek meminta mangsa memberikan butiran perbankan dan peribadi kepada 'inspektor' terbabit.

"Tindakan diambil mangsa disebabkan dia takut dan bimbang wang dalam akaunnya disita pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa mengikuti arahan diberikan serta memindahkan kesemua wang simpanan ke dalam lima akaun berbeza.

Menurutnya, dalam tempoh itu, sebanyak 47 transaksi dilakukan mangsa dengan jumlah keseluruhan ialah RM249,700.

"Pada 25 Julai, mangsa sekali lagi diminta memasukkan wang RM10,000 bagi tujuan penyelesaian kes.

"Namun, mangsa mulai curiga dan tidak mengendahkan permintaan lelaki itu dan mula berasa ditipu.

"Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian Semak Mule menerusi laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat bayaran atau transaksi.

Mereka juga boleh menurunkan aplikasi "whoscall" bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.


https://www.bharian.com.my/berit ... ipu-inspektor-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 04:32 PM | Show all posts
Scam kan.. Eloknya takyah caya bulat-bulat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu
Iols semalam ada.call.pasal.kkm.ke mende
Iols cakap lah iols keje kkm..ni jabatan mana buat koje ni (nada formal la iols cakap)
Terus letak telepon
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg inspektor betul ke cmne ni. Klo tgk es tu byk juga polis scam org, minta rasuah ribuan utk bebaskan pesalah, pau Bangla
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.062217 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list