CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16966|Reply: 0

Maghribi tundukkan Argentina 2-1

[Copy link]
Post time 26-7-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-7-2024 07:36 AM



Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan bola sepak lelaki Kumpulan B di antara Argentina dan Maghribi pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Stadium Geoffroy-Guichard di St Etienne. — Gambar AFP

SAINT-ETIENNE: Kekecohan dan kekeliruan lebih mencuri perhatian pada Rabu ketika Maghribi menewaskan Argentina 2-1 pada perlawanan pertama acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik 2024 Paris, tetapi hanya selepas gol penyamaan lewat Argentina tidak dibenarkan dan minit terakhir permainan berlangsung tanpa penonton ekoran kekacauan penonton.

Argentina memikirkan mereka terselamat dari perlawanan Kumpulan B di Saint-Etienne dengan keputusan 2-2 apabila Cristian Medina menjaringkan gol dalam minit kecederaan.

Tetapi ketika pemain meraikan gol, objek termasuk botol dan cawan plastik dibaling oleh penonton dan beberapa penonton memasuki padang, menyebabkan pengadil memberhentikan permainan.

Pemain meninggalkan padang tetapi pengadil masih belum meniup wisel menamatkan permainan dan keputusan perlawanan tidak jelas sehingga kedua-dua pasukan kembali semula ke dalam padang dua jam kemudian untuk bermain baki beberapa minit permainan dalam stadium yang tanpa penonton.

Gol Medina akhirnya tidak dibenarkan kerana ofsaid selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) dan Maghribi berjaya bertahan untuk mengutip tiga mata penuh.

Ia adalah permulaan yang tidak senonoh untuk aksi sukan di Sukan Olimpik Paris dan juga hari yang buruk keseluruhannya buat Argentina, di mana atlet mereka dicemuh ketika memasuki padang dan semasa lagu kebangsaan mereka dimainkan, kebanyakkan penonton yang menyokong Maghribi.

Semua itu berlaku selepas pemain bola sepak Argentina merakamkan nyanyian perkauman selepas memenangi Copa Amerika pada awal bulan ini.

“Ia seperti sarkas,” kata jurulatih Argentina, Javier Mascherano.

“Mereka tidak langsung memberitahu kami bahawa gol (penyamaan) tidak sah... ini tidak akan berlaku dalam kejohanan kampung. Sememangnya tidak masuk akal.

“Melangkaui semangat Olimpik, penganjur perlu berada di standard sebenar. Malangnya, ketika ini, ia tidak berlaku.”

Argentina memburu pingat emas ketiga dalam acara bola sepak lelaki selepas kemenangan pada 2004 dan 2008 tetapi anak buah Mascherano ketinggalan  0-2 menerusi dua gol Soufiane Rahimi.

Kapten Maghribi yang juga pemain pertahanan kelab Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi, mengumpan gol pembukaan Rahimi pada minit akhir sebelum rehat.

Maghribi, juara Bawah 23 Tahun Afrika, menambah jaringan enam minit selepas rehat dari satu tendangan penalti, dengan Rahimi menyempurnakan penalti selepas Ilias Akhomach dikasari dalam kotak penalti.

Mascherano, yang beraksi ketika Argentina memenangi pingat emas di Sukan  Olimpik 2004 dan 2008, pada satu ketika berharap untuk memuji Lionel Messi untuk berada dalam senarai tiga pemain lebih usia.

Messi bagaimanapun menolak tawaran dan nama besar yang berada dalam skuad Olimpik ialah penyerang Manchester City, Julian Alvarez dan kapten pasukan, Nicolas Otamendi, pemain pertahanan kelab Benfica.

Guiliano Simeone, anak kepada bekas bintang Argentina, Diego, masuk dari bangku simpanan untuk merapatkan kedudukan pada pertengahan separuh masa kedua.

Medina kemudian memikirkan dia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-106 apabila menanduk masuk bola selepas cubaan Otamendi dan Bruno Amione terkena palang dalam beberapa saat, tetapi gol itu tidak dibenarkan VAR.

Perlawanan kedua Argentina ialah di Lyon pada Sabtu ini  menentang Iraq, yang bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Ukraine 2-1.

Perancis mempunyai harapan yang tinggi untuk memenangi pingat emas di tanahair mereka sendiri walaupun kegagalan jurulatih Thierry Henry menyenaraikan Kylian Mbappe dalam skuad.

Perancis menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-0 di Marseille, dengan kapten pasukan, Alexandre Lacazette membuka jaringan pada minit ke-61 dari satu rembatan jarak jauh.

Lacazette kemudian mengumpan bola kepada Michael Olise untuk menambah gol kedua sebelum pemain pertahanan, Loic Bade melengkapkan jaringan.

Dalam aksi yang sama dari Kumpulan A, New Zealand menewaskan Guinea 2-1 dengan Ben Waine menjaringkan gol kemenangan.
Sepanyol, naib juara Sukan Olimpik 2020 Tokyo, menewaskan Uzbekistan 2-1 dalam aksi Kumpulan C sementara perlawanan lain dari kumpulan yang sama menyaksikan Mesir dan Republik Dominica seri tanpa jaringan.

Jepun menewaskan Paraguay 5-0 dalam aksi Kumpulan D sementara Israel dan Mali seri 1-1. — AFP



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 1.724855 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list