CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16359|Reply: 1

[Jenayah] Dipukul sehingga retak kepala hanya kerana tagih hutang RM300

[Copy link]
Post time 26-7-2024 07:52 PM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Dipukul sehingga retak kepala hanya kerana tagih hutang RM300

Julai 26, 2024 @ 4:58pm

Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]



Wanita Ikon Johor merangkap Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah menyampaikan sumbangan kepada Mohd Ahzan Husni yang retak tempurung kepala di kediaman keluarga di Kampung Setanggi di Johor Bahru di sini. - Foto NSTP/Mary Victoria Dass


JOHOR BAHRU: "Atas dasar simpati, anak meminjamkan RM300 yang sepatutnya digunakan untuk membeli susu cucu kepada rakannya, malangnya kerana menuntut hutang itu, dia dipukul hingga retak tempurung kepala," kata Norhayati A Razak, 53.


Norhayati menceritakan kejadian malang menimpa anak sulungnya, Mohd Ahzan Husni, 35, yang parah dipukul sekumpulan lelaki hanya kerana menagih hutang yang gagal dilunaskan pada tarikh seperti dijanjikan.


Kejadian berlaku jam 5.10 petang pada 15 Julai lalu di Jalan Cendana, Kampung Setanggi, di sini, ketika Mohd Ahzan menuntut kembali wang yang dipinjamkan kepada rakannya, menyebabkan lelaki itu marah dan mengerahkan enam lelaki lain untuk menyerangnya.

"Apabila dia menuntut wang, ia mencetuskan kemarahan rakannya hingga menyumbang kejadian," katanya ketika ditemui hari ini, selepas menerima kunjungan Wanita Ikon Johor merangkap Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia Faridah Hamzah.

Bercerita lanjut, Norhayati berkata, pada hari kejadian, ketika ahli keluarganya hendak keluar rumah, mereka mendengar jeritan Mohd Ahzan meminta tolong dan mendapati enam lelaki termasuk yang bertopeng memukulnya dengan cota besi dan topi keledar.

Menurutnya, Mohd Ahzan terpaksa menjalani beberapa pembedahan termasuk mengeluarkan tempurung kepala yang retak, selain urat kepalanya bengkak dan daya penglihatan mata kirinya juga terjejas.

"Buat masa ini tempurung kepalanya masih tidak dapat dipasang atas faktor tertentu dan doktor meramalkan tempoh penyembuhan Mohd Ahzan yang paling cepat antara enam hingga setahun, paling lama antara setahun hingga empat tahun.

"Dia hanya mengingati saya dan tidak mengenali bapanya mahupun anaknya. Sejak berpisah dengan isteri lebih setahun lalu, anaknya di bawah penjagaan Mohd Ahzan," katanya.


Norhayati berkata, dia buntu memikirkan masa depan Mohd Ahzan, selain tiga cucu iaitu seorang perempuan serta dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan kejadian dan menyatakan tangkapan sudah dilakukan terhadap suspek yang terbabit dalam serangan itu.


https://www.bharian.com.my/berit ... -tagih-hutang-rm300

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Upah kaki pukul ade duit
Nak bayar utang takde lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050185 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list