CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24009|Reply: 0

Rita Rudaini tegur individu tutup salah, tunggang agama

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:07 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Disifatkan menegakkan benang basah, pelakon Rita Rudaini menegur tindakan segelintir individu yang menggunakan agama bagi menutup kesalahan diri.

Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, perbuatan tersebut hanya sia-sia apabila sekadar menenangkan hati sendiri sedangkan sudah terang-terangan melakukan kesalahan.

    “Kadang-kadang nak tutup malu dan nak ‘cover’ salah, mulalah nak jelaskan panjang-panjang. Contoh, yang tiba-tiba teringat nak buat doa selamat, tiba-tiba teringat nak berbakti pada anak yatim.

“Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mungkin? Mulalah ‘menunggang’ apa saja yang boleh ditunggang.

“Hati meronta-ronta nak buat siaran langsung nak posting kata-kata suci dan macam-macam. Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri,” katanya menerusi Instagram Story.

Usah ditambah kekalutan, pelakon filem Mami Jarum itu menitipkan nasihat buat individu yang sudah melakukan kesalahan agar lebih baik berdiam diri supaya tidak timbul sebarang isu lain.

    “Dik, memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun.

“Jadi, lebih baik diam supaya tak ada timbul isu baru yang boleh buat orang marah, ‘annoying’, salah faham atau apa-apa sajalah,” katanya.

Meskipun Rita tidak menyebut nama mana-mana individu, rata-rata netizen berpendapat hantaran tersebut ditujukan kepada pelakon Ruhainies yang menyambut ulang tahun kelahiran dengan berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz, baru-baru ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.041531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list