CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39264|Reply: 0

Terpaksa berhimpit satu kereta, Mila Jirin cemas tayar MPV pecah semasa lalu lebuh raya di China

[Copy link]
Post time 27-7-2024 02:25 AM | Show all posts |Read mode


PENYANYI dan usahawan Mila Jirin berkongsi detik cemas apabila tayar kenderaan yang dinaiki pecah ketika dia bersama keluarga bercuti di Kota Shaoxing, China.

Kata Mila atau Norsyamilla Jirin, 37, lebih menakutkan apabila mereka terkandas di tepi jalan lebuh raya besar yang menjadi laluan kenderaan berat.

"Sangat cemas bila kena berhenti tepi lebuh raya, kami ambil dua MPV dari Yiwu nak ke Kota Shaoxing.

"Pemandu maklumkan tayar pecah dan peralatan tidak cukup untuk baik pulih tayar tersebut, jadi kereta terpaksa ditunda.

"Saya amat risau bila berada di bahu jalan highway yang sangat laju dengan kenderaan berat. Dengan lori dan traler bunyikan hon kuat apabila lalu bersebelahan kereta kami," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik hantaran video memaparkan keadaannya dan anak-anak ketika berada di bahu jalan berkenaan.

Enggan berlaku kejadian tidak diingini, Mila meminta ahli keluarganya keluar daripada kenderaan tersebut kerana bimbang keselamatan mereka.

"Habis semua orang saya suruh keluar dari kereta kerana sangat risau keselamatan dan kenderaan yang amat laju," ujarnya.

Syukur mempunyai sebuah lagi kenderaan yang disewa, Mila mengambil pendekatan untuk memuatkan kesemua ahli keluarganya dalam kereta berkenaan untuk dihantar ke hotel.

Meskipun perlu berhimpit dalam satu kenderaan, namun ia merupakan keputusan terbaik kerana enggan merisikokan keselamatan ahli keluarganya.

"Allah ilhamkan untuk saya maklumkan pada pemandu supaya bawa kami semua (tujuh orang) guna satu MPV sahaja dahulu menuju ke hotel.

"Saya cakap biarlah berhimpit asalkan tidak berada di bahu jalan yang membahayakan ini dengan ada anak-anak kecil bersama.

"MPV tayar pecah ditinggalkan bersama-sama suami Cindy kerana bagasi kami masih ada di dalam MPV tersebut," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.619419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list