Edited by pengecattaik at 30-7-2024 09:47 AM
KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che'gu Bard direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, tempoh reman itu bermula pada Isnin hingga Selasa.
Pada Isnin, peguam, Rafique Rashid yang mewakili Che'gu Bard dilaporkan berkata, pihak polis membuat permohonan reman selama empat hari, namun mahkamah membenar perintah tahanan sehingga Selasa.
Katanya, anak guamnya ditahan reman bagi membantu tiga siasatan di bawah Seksyen 203(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberi maklumat palsu menggunakan rangkaian telekomunikasi.- Sinar Harian
|