CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5247|Reply: 10

[Tempatan] Peraturan terhadap media sosial, internet untuk wujud maya selamat, kata PMX Anwar Ibrahim. #3, Anwar Ibrahim jamin kebebasan bersuara terus ada di media sosial

[Copy link]
Post time 30-7-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 30-7-2024 06:32 AM

Peraturan terhadap media sosial, internet untuk wujud maya selamat - PM

https://www.bharian.com.my/berit ... jud-maya-selamat-pm

Oleh BERNAMA - Julai 29, 2024 @ 10:17pm


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Peraturan terhadap media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet yang bakal diperkenal kerajaan adalah bertujuan mengatasi penyebaran jenayah serta maklumat berbahaya, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk semua pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan sedar mungkin ada beberapa sekatan atau peraturan yang tidak popular namun ia perlu demi kesejahteraan masyarakat.

"Marcapada dan kecanggihan teknologi menuntut mana-mana pihak khususnya warga maya untuk meletakkan ketertiban tinggi tanpa menimbulkan sensitiviti hingga menggugat keamanan dan ketenteraman ketika menggunakan mana-mana platform media sosial yang ada," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata, perkara itu disentuh dalam ucapan beliau pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun, Perak hari ini.

Sebelum pulang, Perdana Menteri berkata beliau sempat menyantuni masyarakat setempat serta melawat Masjid Ar-Rashid yang bakal siap sepenuhnya dan berfungsi tidak lama lagi.

Pada Ahad lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata, undang-undang itu antara lain bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet untuk memainkan peranan bagi menangani jenayah dalam talian seperti penipuan, buli siber, penyebaran bahan penganiayaan seksual kanak-kanak serta gangguan dan antun seksual.

Sehari sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memaklumkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurut MCMC, langkah itu akan dikuatkuasakan 1 Januari depan selepas satu kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet diperkenal pada 1 Ogos ini.

Anwar berkata beliau turut melawat lokasi kebakaran di Kampung Manjoi, Tambun.

"Selain mendengar penerangan pihak bomba, saya juga sempat bertemu mangsa insiden kebakaran dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah ini. Mendoakan mereka terus tabah dan diberikan kesabaran tatkala menghadapi ujian ini," katanya.

Menerusi hantaran di laman Facebook semalam, Perdana Menteri berkata beliau menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga yang terbabit dalam kebakaran lapan buah rumah di kampung itu.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Menurut beberapa hantaran di laman Facebook, kebakaran yang berlaku sekitar 5.40 petang semalam memusnahkan lapan rumah dengan enam daripadanya berpenghuni. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 10:17 AM | Show all posts
Harapnya jangan ada iklan-iklan pelaburan macam ini di semua medsos macam di bawah: -











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2024 02:31 PM | Show all posts
Anwar jamin kebebasan bersuara terus ada di media sosial

https://m.malaysiakini.com/news/713561

Ili Aqilah
Diterbitkan:  Jul 30, 2024 11:32 AM
Dikemaskini: 12:35 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan bersuara tetap wujud di media sosial walaupun dengan rancangan kerajaan untuk memperkenal lesen dan kawal selia untuk platform tersebut.

Kenyataan Anwar itu di tengah kritikan daripada aktivis, antaranya bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasa ang menyifatkan pentadbiran Anwar sebagai "kerajaan paling diktator yang kita pernah ada".

"Kebebasan mesti diberikan untuk orang menyuarakan (pandangan), sama ada setuju, menegur atau menentang," katanya di Putrajaya hari ini.

Menurut Anwar, rancangan untuk mengawal selia media sosial adalah untuk membanteras jenayah seperti buli siber, salah laku seksual terhadap kanak-kanak dan penipuan.

"Di media sosial ini, (ada yang) digunakan untuk mendorong orang sehingga menyebabkan bunuh diri, memperalatkan anak kecil untuk urusan dagang seks, apakah ini wajar?

"Bila kita kata haru sekat (jenayah seumpama itu), dikatakan jangan sekat kebebasan.

"Apakah kebebasan untuk menipu, mencuri, (menyebabkan orang lain) bunuh diri dan sebagainya?" soalnya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan kerangka kawal selia itu akan diperkenalkan pada 1 Ogos ini menerusi Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 02:38 PM | Show all posts
"Marcapada dan kecanggihan teknologi menuntut mana-mana pihak khususnya warga maya untuk meletakkan ketertiban tinggi tanpa menimbulkan sensitiviti hingga menggugat keamanan dan ketenteraman ketika menggunakan mana-mana platform media sosial yang ada," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.


marcapada tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
marcapada = dunia sekarang ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 02:59 PM | Show all posts
syukur bangnon buat camni. boleh kawal walaun-walaun yang semakin meliar kat TT dan FB. Kekadang pening tengok kerendahan IQ diorang setaraf dengan KONOHA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengit hancing baunya kencingnya. Sebatu lagik dah berbau hancingnya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Akaun si naim tu dah berapa kali kementerian komunikasi minyak TikTok tutop?

Apa konten si naim yg menggugat masyarakat?

Eh kimak. Kita ada undang2. Kau dakwa la si naim tu di mahkamah kalau dia tipu. Kalau dia buat jenayah.


Tapi kau tak boleh buat pendakwaan sbb mmg SI naim tak buat Salah kan? Kan? Kan?

Kimak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kau reti ialah menyalah guna kuasa eksekutif utk tutop valid political dissent di medsos.

Anjing sial
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:26 AM | Show all posts
walaunnnnn tersakitiiiiiii anjinkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bagi fahmi fazil nampak mcm ada kerja sikit. Kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053495 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list