View: 13335|Reply: 10
|
[Tempatan]
Bekas pembantu ADUN Gombak Setia disabitkan kes rogol
[Copy link]
|
|
Oleh Suraya Ali - Julai 30, 2024 @ 1:14pm
[email protected]
Penghakiman bertulis menyatakan pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengajak menemaninya pada malam itu tidak boleh dikatakan secara automatik wanita itu merelakan untuk mengadakan hubungan seks. - Foto hiasan BH
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi bekas pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, hukuman penjara 13 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana merogol seorang wanita di sebuah hotel, selepas sambutan ulang tahun kelahirannya empat tahun lalu.
Mahkamah mendapati Mohf Zulfahimin bersalah atas pertuduhan pindaan merogol mangsa berusia 35 tahun itu yang juga kenalan rapat wakil rakyat,.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak berpuas hati pembelaan ahli perniagaan itu tidak mempunyai merit dan gagal menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan (saksi mata) yang menyatakan wanita itu mabuk pada malam kejadian.
Mohd Zulfahimin dalam keterangannya pada 15 Januari lalu mengaku mengadakan hubungan seks dengan mangsa, namun mendakwa ia dilakukan dengan kerelaan wanita itu, bukan dalam keadaan mabuk selepas mangsa menggoda dan mengajak menemaninya di bilik itu.
"Bagaimanapun, pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengajak menemaninya pada malam itu tidak boleh dikatakan secara automatik wanita itu merelakan untuk mengadakan hubungan seks dengannya," demikian menurut penghakiman bertulis hakim berkenaan bertarikh 25 Julai lalu yang diperoleh media melalui laman web mahkamah.
Mohd Zulfahimin didakwa merogol mangsa di antara jam 1 pagi dan 3 pagi, pada 5 Disember 2020 di sebuah bilik hotel di sini.
Naratif kes pendakwaan menyatakan, pada malam kejadian, mangsa dijemput oleh Muhammad Hilman untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran mangsa bersama-sama tiga rakan lain, termasuk tertuduh di restoran hotel berkenaan.
Kelima-lima mereka serta seorang rakan lain kemudian berhibur di pusat karaoke hotel itu.
Gambar rakaman CCTV tertuduh bersama ADUN Gombak Muhammad Hilman Idham pada malam kejadian.
Mangsa kemudian mabuk selepas mengambil minuman keras sehingga terpaksa dipapah ke bilik hotel. Keterangan pekerja hotel menunjukkan bilik itu didaftar atas nama tertuduh.
Mangsa mengaku berada dalam keadaan separa sedar dan menyedari tertuduh menindihnya.
Selepas terjaga kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa mendapati dirinya dalam keadaan bogel sebelum menemui kondom yang sudah digunakan dalam tong sampah bilik hotel itu.
Mohd Zulfahimin bagaimanapun merayu terhadap sabitan dan hukuman berkenaan ke Mahkamah Tinggi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhhh rogol time hari birthday eh. Mesti ingat hadiah besday tu. Dasat siap mabuk2 n check in. mendapat lahh hukuman nya 13 tahun plus 2 sebatan. Umur 53 baru keluar. Anak 3 org time tu pon dah besar2…rugi betul life wasted mcm tu je utk kesedapan yg beberapa jam itteeww |
|
|
|
|
|
|
|
kahkah adan uke..harap melingkup |
|
|
|
|
|
|
|
Si hilman ni mmg muka tak malu.perangai pun sama mcm jemin |
|
|
|
|
|
|
|
relax je ngaku ngeseks ye..
so lepas ni naik mahkamah syariah pulak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tolong buang janggut tu boleh tak... rata2 janggut sejumput camtu mmg geli nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah DNA PKR & pernah jadi pentaksub Nuar, pindah ke parti mana pun perangai gila sex tu akan dibawa bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah tu...sama 2x5 pangai setan mcm boss ko si Jemin semburit tu.jantan betina semua ko bedal
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Walaun....patutla sepi topik ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|