CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11439|Reply: 0

[Tempatan] Isu sumbangan syarikat arak akan rugikan kerajaan, kata bekas Ahli Parlimen DAP

[Copy link]
Post time 31-7-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Isu sumbangan syarikat arak akan rugikan kerajaan, kata bekas Ahli Parlimen

https://www.freemalaysiatoday.co ... ekas-ahli-parlimen/

Sean Augustin
31 Jul 2024, 09:15 AM


Bekas Ahli Parlimen, Kua Kia Soong berkata, masyarakat Cina terpaksa mengumpul dana untuk sekolah jenis kebangsaan Cina kerana kerajaan kolonial dan pasca kolonial tidak menyokong pendidikan bahasa ibunda. (Gambar Facebook)

Kua Kia Soong berkata, masyarakat Cina menganggap kritikan terhadap sumbangan sedemikian sebagai campur tangan ke atas hak mereka dalam pendidikan.

PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen DAP memberi amaran kontroversi sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina akan merugikan kerajaan.

Kua Kia Soong berkata, keputusan PRK Sungai Bakap di Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan masyarakat Cina semakin hilang kepercayaan terhadap kerajaan perpaduan.


Kua Kia Soong.

Pada PRK 6 Julai lalu di Pulau Pinang, hanya 47% pengundi Cina berdaftar keluar mengundi, dengan 10% daripadanya mengundi Perikatan Nasional.

Kua berkata, isu baru-baru ini menimbulkan kemarahan masyarakat itu yang menganggap kritikan terhadap sumbangan sedemikian sebagai campur tangan ke atas hak mereka dalam pendidikan.

Pengarang buku bertajuk 200 Years of Chinese Education in Malaysia: A Protean Saga itu berkata, pendidikan ialah isu penting buat masyarakat Cina kerana di mana saja mereka menetap, mereka telah membina sekolah.

Menurutnya, masyarakat Cina dahulu terpaksa mengumpul dana menubuhkan sekolah sendiri kerana kerajaan kolonial dan pasca kolonial tidak menyokong pendidikan bahasa ibunda.

Katanya, masyarakat Cina sentiasa memohon sokongan kerajaan dari segi peruntukan kewangan adil dan sama rata untuk sekolah Cina serta Tamil.

Jadi, ini (isu terkini) akan menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan tidak berminat dalam politik serta ahli politik, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya dari 1990 hingga 1995 itu kepada FMT.

Kutipan dana untuk sekolah Cina menjadi isu selepas PAS mengkritik seorang timbalan menteri menerima replika cek RM3 juta tertera logo Tiger Beer pada majlis kutipan dana untuk SJK(C) Tche Min di Sungai Pelek, Selangor dua minggu lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dari PKR berkata isu itu boleh memberi kesan siapa yang akan disokong masyarakat Cina dalam pilihan raya, tanpa mengira parti.

Tetapi, bukan disebabkan isu syarikat arak. Masyarakat itu umumnya merasakan mereka kurang dihargai, katanya kepada FMT sambil menambah beliau tidak mendapat maklum balas Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung pelawaan untuk timbalan presiden PAS itu melawat sekolah Cina.


Lee Chean Chung.

Lee menawarkan diri membawa Ahli Parlimen Kubang Kerian itu melawat sekolah Cina bagi menerangkan sejarah pendidikan Cina dan sumbangan sekolah jenis kebangsaan Cina kepada masyarakat berbilang kaum.

Saya masih tunggu jawapan Tuan Ibrahim.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.031620 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list