CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35430|Reply: 13

[Jenayah] Tinggal Laptop Dekat Public Sebab Nak Pergi Tandas, Laptop Boleh Kena Hack Dalam 5 Saat!

[Copy link]
Post time 31-7-2024 08:18 PM | Show all posts |Read mode


Sejak wujudnya komputer riba tak dinafikan ia banyak memudahkan sesiapa sahaja yang memilikinya untuk melakukan kerja.

Malah sifatnya yang mudah dibawa serta ringan membuatkan ramai memilih untuk membuat kerja mereka di mana-mana sahaja seperti rumah, tempat awam dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketika berada di tempat awam anda tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan barang berharga seperti laptop waima mahu ke tandas, mencari buku dan sebagainya.
Wanita kongsi bahaya jika tinggalkan laptop di tempat awam

Ini kerana, baru-baru ini seorang wanita yang sering berkongsi mengenai sekuriti (keselamatan) siber telah mendedahkan risiko yang boleh dialami oleh seseorang sekiranya meninggalkan komputer riba atau laptop di tempat awam.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Maisarah dia telah menunjukkan satu pendrive yang telah dimasukkan virus.
Cucuk pendrive dan dalam masa 5 saat dah berjaya godam laptop

Dia kemudian mencucukkan pendrive berkenaan pada laptop seorang wanita dan dalam masa lima saat laptop berkenaan sudah berjaya digodam.

“Sekarang ni saya dah pun berjaya hack (godam) dia punya laptop. Antara perkara yang saya boleh lakukan adalah boleh mengakses kamera secara langsung (kamera laptop menunjukkan wajah mangsa).

“Nampak tak dia tengah buat kerja macam biasa je tu. Dia tak perasan pun saya sedang akses kameranya daripada jauh. Ha seram tak?

“Jadi kesimpulannya, korang janganlah tinggal korang punya device (alat elektronik) di tempat awam walaupun nak pergi tandas sekejap,” jelasnya dalam video tersebut.

Menerusi semakan kami, wanita berkenaan dipercayai bekerja di sebuah firma keselamatan siber yang menawarkan kursus ‘ethical hacking’ kepada orang ramai.

Muat naik video untuk beri kesedaran

Di ruangan komen Maisarah menjelaskan tujuannya berkongsi video itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak meninggalkan laptop di tempat awam tanpa pengawasan walaupun sekejap.

Dalam pada itu dapat dilihat orang ramai turut bertanya pelbagai soalan kepada Maisarah berkaitan perkongsiannya itu.

Sebagai contoh ada yang bertanya adakah laptop yang ditutup dan mempunyai papan kekunci boleh digodam seperti video? Maisarah lalu menjawab ia tidak dapat dilakukan kepada laptop yang tertutup dan mempunyai ‘screen saver’.

Ini kerana, USB tersebut tidak bertindak sebagai keyboard yang akan menaip ‘command’ pada komputer jadi ia tak boleh dilakukan sekiranya dikunci.

Ada juga yang mencadangkan orang ramai untuk menutup kamera laptop agar wajah tidak didedahkan sekiranya digodam. Namun Maisarah mengatakan pelaku tidak hanya boleh mengodam kamera bahkan perkara yang lain juga seperti data, gambar dan banyak lagi.

Malah laptop yang digodam juga boleh diakses di mana-mana sahaja meskipun pelaku dan mangsa berada di kawasan berbeza.

Dalam satu lagi video, dia turut berkongsi bahaya yang ramai pengguna telefon pintar tidak sedar iaitu data yang telah dipadam boleh didapatkan semula dengan menggunakan alatan atau software khas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2024 12:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2024 08:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2024 08:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2024 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 08:42 PM | Show all posts
Benda pertama yang kita paling risau bila tinggalkan laptop di tempat public bukan orang masukkan virus, tapi takut laptop tu sendiri hilang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 09:07 PM | Show all posts
patut dia kupas lebih detail, macam mana acc socmed kena hack... mana yang betul kena hack atau alasan aja...

penting ni supaya polishitians dan individu bebal asyik guna alasan kena hack padahal sendiri yang buat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 09:21 PM | Show all posts
Sape yg buat content ni..?? Tinggal laptop kat public area??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 09:31 PM | Show all posts
iols selalu je buat tingal laptop ni, tapi kat dalam kampus je la luar kampus memang tak pernah la, sebab risau hilang je, bukan sebab risau kena hack pon.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu gak tgk selamba je dorang2 ni tinggalkan laptop kat cafe2
manusia nya aman2 pegi tandas lah..kulu kelio

aku mmg idok le nak buat begitu
wallaupon di negara jepon ya....
nehi nehi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem pernah lupa logout akaun myspace dekat  library pastu ada budak yang pakai pc tu dia pm friendlist bangkem macam2..

Dekat budak2 pompuan dia tulis i wanna fuck you kuat2 la, nak kongkek la etc

Kebanyakan pomouan2 tu bolayan je tapi yang bestnya ada jugak yang reply balik "betul ke? Nape tak cakap awal2"
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 31-7-2024 11:47 PM

Sepanjang ai kerja ada ja bbrp org staff hack2 ni tujuannya utk tgk rakan sekerja punya bini kot terjumpa berbikini ka, tgk perbualan wasap la, tgk rumah rakan sekerja, gambar perempuan sekerja la, tgk rakan sekerja gayah la, tiba2 jadi serba tau ttg rakan sekerja circle dan rumah, itu belum lagi jika tgk client bos2. Tak penat ka tercari2 tetek spender anak bini rakan sekerja buat modal, ofis tepuk bontot sotong, mungkin kat rumah bini xde belek2 pusi anak perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai surface baru takde usb
Bwk je kemana mana sbb ringan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
alamak i selalu tinggal je sat p toilet..i kan kdg xpergi ofis..i akan buat kerja kt zus
pg dh menapak kt zus..kul 3 i ballik..
xslmt ke tinggal sat..takkan nk bwk masuk toilet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045155 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list